Thursday, November 3, 2011

Memperkenalkan 'Jigsclue'










Adalah amat sukar untuk mencantumkan kepingan-kepingan jigsaw puzzle yang bertaburan tanpa diberitahu dahulu apakah gambar yang hendak kita dapatkan.Jika kita membeli set jigsaw puzzle di pasaraya sekalipun,sudah semestinya di dalam pek jigsaw puzzle itu telah tersedia gambar yang telah lengkap sempurna buat panduan untuk kita mencantumkan jigsaw puzzle itu kelak.Tetapi lain pula dengan MistisFiles...

Di MistisFiles,anda akan bermula dengan kepingan-kepingan jigsaw puzzles.Tiada gambar.Tiada panduan.Noktah.

Setiap orang mempunyai permulaan yang berbeza.Ada yang bermula dengan beberapa kepingan,ada bermula dengan hanya satu saja.Malah kami tidak terkejut jika ada di antara Jigsauce bermula dari sifar.Ada kes lain di mana dia mempunyai banyak kepingan dan menguasai sumber-sumber yang penting dan besar,tetapi masih tidak memahami dan terketar-ketar mencantumkan jigsaw puzzlenya sendiri.

KITA SEMUA ADALAH PENGEMIS KEBENARAN.ANDA BERTANGGUNGJAWAB DENGAN JIGSAW PUZZLE ANDA.

Jadi,kami di MistisFiles akan cuba membantu anda.Ini bukan bermakna yang kami mengetahui segala-galanya.Tetapi kami di sini sekadar berkongsi bersama-sama anda apa-apa yang kami ketahui supaya dapat DIFIKIRKAN bersama.MARI KITA SAMA-SAMA MENCANTUMKAN JIGSAW PUZZLE KITA.

Dari masa ke semasa,kami akan menghulurkan jigsclue kami.Kumpulkan jigsclue ini dan simpan baik-baik.Kelak jika anda ingin bermain dengan jigsaw puzzles anda,keluarkan jigsclue ini dan jadikan ia panduan untuk meneruskan permainan anda.Kepada Jigsauce semua, ambil peluang ini.

INI ADALAH PERMAINAN.INI ADALAH MistisFiles.

10 comments:

  1. Salam Mistis Organization,
    Sungguh luar dari biasa permainann ini, teruskan
    usaha anda demi menyelamatkan ummmat ini.

    ReplyDelete
  2. As salam MO,

    Mistisfiles tidak dapat diakses buat beberapa waktu dan sekarang di forward ke Jigsclues pulak. Apakah sebabnya dan apa terjadi kepada blog Mistisfiles yang dulu?

    ReplyDelete
  3. salam...

    apa yg zacke ckp tu betul...
    xleh nak akses laman web yg lama sbb secara auto kami di fowardkan ke laman web jigsclue...

    bnyak lagi yg saya x dpt abis baca...

    ReplyDelete
  4. M.O da cakap blog utama mistisfile tskg dlm mode hibernate untk jgka masa yg ditentukan kelak...

    hrap2 dpt cepat active balik....

    naw`

    ReplyDelete
  5. saya terasa teruja sangat dgn apa yg di ungkapkan..

    ISLAM itu benar..MUHAMMAD itu benar..dan ALLAH itu juga benar..

    sekiranya kebenaran yang dicari adalah kerana niat kerana ukuwah dan keselamatan syariat&akidah islam..INSYAALLAH...saya yakin ALLAH SWT akan tolong dalam cara apa sekali pun utk M.O dan sesiapa pun untuk menyampaikan kepada umat manusia..walaupun mereka yg masih memuja orientalis dan memuja teknologi kecanggihan teknologi di zaman ini..

    MASYAALLAH..sesamalah kita menyedarkan diri kita..

    SUBHANALLAH..harapnya keyakinan kepada dunia islam akan menguatkan kita berjemaah sesama di kala subuh berkumandang..insyaallah..

    ma'a salamah..

    ReplyDelete
  6. alhandulillah bleh gak akses wlupon sikit..
    buntu bile xdpat bukak mistisfiles..
    hahaha

    ReplyDelete
  7. laa..blog mistisfiles dh xbleh akses..tgh syok2 bc..bru nk cba cntumkan Jigsclue2 yg ada..

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum... adakah artikel berkenaan HG-4:Mencari Portal AntaraLangit ada sambungannya?saya ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai dark matter..
    harap dapat berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  9. salam, mane blog mistisfiiles ni??apsal tak publish??tolong la, pihak M.O, saye masih banyak lagi nak belajar dari korang ...

    makmum

    ReplyDelete