Thursday, November 3, 2011
Jigsclue #07: Major & Minor
Dalam silibus Teori Konspirasi,terdapat satu istilah yang menerangkan situasi berlapis dalam sejarah dunia.Situasi berlapis ini menguasai seluruh sejarah peradaban manusia;satu diketahui jelas oleh manusia dan dirakam dalam buku-buku sejarah,manakala yang lain tetap berjalan tetapi tersembunyi dan dirahsiakan.
Ini adalah Jigsclue #07 di bawah codename 'Major & Minor'
Kita semua pada amnya pernah belajar sejarah,sama ada sejarah negara masing-masing atau sejarah dunia.Tidak kira sama ada kita minat atau tidak,sejarah sesungguhnya mempengaruhi kehidupan kita jika tidak secara besar-besaran,ia akan menyusup secara halus.Sebab itu sejarah diajar dan wajib diambil oleh setiap orang yang memasuki institusi persekolahan.SEjarah bukanlah diajar untuk sekadar mendengar cerita-ceriti sahaja,orang yang pandai menggunakan dan memanipulasikan sejarah adalah 'Tuan' di muka bumi ini,dan para bijak pandai,genius,saintis,jurutera,peguam,ahli muzik,pensyarah,buruh binaan,bangsawan,raja-raja,presiden,ahli perniagaan dan sebagainya,adalah orang-orang bawahan mereka.Ahli politik yang buta sejarah,tidak akan lama dalam kerjayanya.Adakah para saintis,teknokrat atau peguam itu hebat?Mereka hanya pakar dalam bidang mereka sahaja tetapi bekerja untuk orang-orang yang bijak dalam sejarah kemanusiaan.
The Hidden Hand adalah manusia yang amat meminati sejarah.
Sejarah boleh dimanipulasikan untuk tujuan tertentu.Dengan ini,sejarah adalah alat yang amat berkesan untuk mengubah 'mood',sifat atau psikologi sekelompok manusia.Orang yang pakar dalam sejarah adalah orang yang dapat membaca pergerakan sejarah masa hadapan.Mereka boleh MERAMAL masa hadapan bukan kerana mereka memiliki kuasa psikik yang hebat,tetapi mereka dapat meneka bentuk-bentuk sejarah yang akan berlaku BERDASARKAN SEJARAH MASA LAMPAU DAN SEKARANG.Sejarah umpama kod-kod yang tersusun,atau sekumpulan katakunci yang jika anda dapat menyahkodkan ia,masa depan adalah di tangan anda.Bagaimanakah sejarah amat berkuasa mengubah peradaban manusia?Ketika imperialisme,kita dapat lihat betapa mundurnya pemikiran orang yang dijajah.Mereka menganggap orang-orang Barat adalah sempurna dan hebat.Anda tahu antara penipuan sejarah paling hebat,yang memakan berjuta korban dan merugikan banyak harta benda?Ia adalah Perang Dunia I dan II.Berjuta orang mati hanya untuk melaksanakan rancangan sekelompok manusia.
Terdapat dua dimensi yang mengungkap sejarah dunia.Satu dimensi adalah mewakili sejarah dunia yang diketahui oleh manusia amnya,kerana tersebar melalui pelbagai cara seperti mulut ke mulut,buku-buku sejarah atau medium-medium lain.Ini adalah sejarah dunia yang memiliki 'pop culture' dan berjaya diketengahkan ke khalayak 'mainstream' (arus perdana) serta dipelajari di institusi-institusi pendidikan.Sejarah 'mainstream' ini boleh dibuktikan benar,kerana disokong oleh banyak kajian oleh sekian pakar-pakar sejarah dan bertepatan dengan realiti hari ini.Satu dimensi lain adalah sejarah 'sebenar'.Sejarah yang melahirkan sejarah.Untuk lebih memudahkan,situasi ini dipanggil MAJOR & MINOR.
Minor adalah dimensi pertama,sejarah yang manusia berpendidikan harus tahu.Ia dijadikan satu subjek dan diajar di sekolah-sekolah.SEjarah jenis ini adalah sejarah yang memiliki 'pop culture' sama ada kepada para ahli sejarah mahupun orang-orang kampung.Minor berjalan di dalam matrix kehidupan yang realiti,pada hari ini.
Major adalah sejarah tersembunyi.Ia tidak diajar di sekolah-sekolah.Ia tidak memiliki tahap popular seperti apa yang diceritakan di dalam buku-buku sejarah pada hari ini.Ramai yang tidak mengetahuinya.Jika mereka ada terbaca tentangnya sekalipun,mereka tidak akan mempedulikannya atau meremehkannya malah ada di antara mereka serta-merta inginkan bukti dan kajian profesor tentangnya walaupun sebelum ini mereka bukanlah berminat tentang sejarah dan hanya membaca majalah-majalah gosip dan hiburan.Ini adalah SEJARAH TERPINGGIR.Ia berada dalam dimensi lebih tinggi.Atau lebih tepat dalam matrix yang lebih tinggi,yang mengawal sejarah 'pop culture' tadi.
Bagaimana Sejarah Major mengawal Sejarah Minor?Ini akan diterangkan secara ringkas.Kita ambil contoh Perang Dunia I dan II.Ini adalah antara peristiwa besar dan antara konspirasi terbesar.Atau 'fitnah' terbesar yang dicetuskan oleh 'tangan-tangan tersembunyi'.
Kita sudah maklum tentang perjalanan sejarah Perang Dunia.Penglibatan Jerman,Perancis dan Britain.Kekalahan Jerman dalam Perang Dunia I,pendudukan di kawasan Jerman oleh pihak-pihak yang berperang dengannya seperti di Alsace-Lorraine,pengurangan jumlah tentera Jerman dan ketidakstabilan ekonomi dan politik di Jerman yang mengakibatkan bangkitnya pergerakan nasionalis Jerman.Kejatuhan Empayar Austria-Hungary juga memburukkan lagi keadaan.Dalam masa-masa yang genting di Jerman,pergerakan nasionalis ini berjaya menumbangkan Emperor Jerman ketika itu,William II (Kaiser Wilhelm) dan beliau telah digulingkan pada 9 November 1918.
*Kaiser Wilhelm Jerman
Selepas itu dunia menyaksikan kelahiran Fuhrer,Adolf Hitler dan inilah puncanya meletusnya Perang Dunia II.LIHAT SKRIP INI SAMA SAHAJA DI SEMUA TEMPAT.Untuk menggulingkan pemerintah,The Hidden Hand mempunyai caranya yang khas.Orang yang tidak menyukai sejarah atau buta sejarah tidak akan nampak apa-apa makna di dalam kronologi ini.Tetapi orang yang tahu perjalanan sejarah dunia akan dapat meramal corak dunia akan datang.SEjarah dunia terus berjalan selepas Perang Dunia II,Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ditubuhkan untuk menangani apa jua permasalahan sejagat,hasil dari satu mesyuarat para pemimpin dunia yang melihat kesan dari dua peperangan besar tersebut.
Sampai di sini.Kita akan lihat pula Sejarah Major untuk kajian kes ini.
Untuk menghadapi musuh-musuhnya (dalam hal ini Imam Mahadi dan nabi Isa a.s adalah punca ketakutannya yang utama) The Hidden Hand perlukan satu pangkalan yang amat kuat,terdiri daripada Yahudi tulen yang amat memahami perjuangannya.Amerika bukanlah pangkalan yang selamat,kerana bila-bila masa orang Amerika akan tersedar dari 'American Dream'; mimpi yang dibuat khas untuk mereka.Sebuah negara perlu ditubuhkan dan negara ini perlulah mengikut ciri-ciri dalam kitab-kitab agama Yahudi.Tetapi bagaimanakah negara ini boleh ditubuhkan?Selepas kejayaan menubuhkan Amerika (Amerika adalah negara yang suatu hari nanti akan menjadi polis dunia dan mengawal PBB),The AntiChrist telah hampir separuh melaksanakan plan-plan New World Ordernya.Rancangan seterusnya ialah melaga-lagakan bangsa Eropah.Mana-mana raja Eropah yang menentang kehendaknya,akan dilaga-lagakan dan dihapuskan.Rancangannya dapat dikesan dengan mudah seawal revolusi Perancis sehinggalah Perang Dunia Pertama.Untuk itu bangsa Jerman adalah mangsa yang dipilih oleh Raja Yahudi ini.Kenapa?Kerana raja Jermanlah yang banyak menghalang usaha-usahanya dan mensabotaj 'secret societies' tajaannya.Perancis sudah dalam genggaman,manakala Inggeris sememangnya telah jatuh ketika revolusi oleh Oliver Cromwell yang menjatuhkan Charles I,raja Inggeris ketika itu.Siapakah yang memburu ahli-ahli Illuminati dan menangkap mereka?Siapakah yang mendedahkan perancangan Illuminati kepada umum?Ia adalah orang-orang Jerman yang tersedar akan perancangan Raja Yahudi ini.Kerajaan Bavaria-Jerman yang banyak mengetahui rancangan jahat Bavarian Illuminati ini telah bertindak pantas mengharamkan pertubuhan ini dan inilah sebabnya ketika itu ahli-ahli Illuminati banyak bersembunyi di dalam Freemasonry,satu lagi kelompok rahsia The AntiChrist.Usaha pertama Dajjal adalah menjatuhkan institusi raja Jerman,sama seperti yang akan dilakukannya kepada monarki Rusia dan China serta di tempat-tempat lain.Sebenarnya bukanlah Jerman yang memulakan Perang Dunia Pertama,tetapi Perancis yang cemburu melihat pemodenan dan kemajuan pesat yang dicapai Jerman selepas penyatuannya di bawah penguasa bijak seperti Otto Von Bismarck,negarawan Jerman terulung.Sebenarnya Inggeris dan Perancis telah dicucuk-cucuk oleh wakil-wakil Dajjal untuk menyerang Jerman.Ini adalah rancangan jangka panjang untuk menjatuhkan monarki Jerman seterusnya meletakkan bonekanya untuk memerintah Jerman.Adakah Hitler benar-benar membenci Yahudi?Sebenarnya orang-orang Yahudi yang dimangsa oleh Nazi adalah YAHUDI ORTODOKS yang mengamalkan sebahagian ajaran Taurat.Yahudi campuran,iaitu Yahudi Ashkenazi atau Yahudi Eropah tetap terselamat malah merekalah yang membiayai kerajaan Nazi Jerman.Setiap gambar-gambar Holocoust yang menunjukkan pembunuhan beramai-ramai orang-orang Yahudi sebenarnya palsu dan yang terbunuh beramai-ramai itu adalah RAKYAT EROPAH sendiri yang dibunuh ketika operasi-operasi ketenteraan Nazi.Rakyat Eropah keturunan Caucasian bersama Yahudi Ortodokslah mangsa-mangsa Holocoust sebenar.Perang Dunia Pertama telah banyak mencapai sasaran apabila Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah tersepit dengan pergolakan di Eropah dan terpaksa berada pihak Austria-Hungary di sebelah Pakatan Tengah melawan Inggeris,Perancis dan Rusia.Khilafah Uthmaniyyah sebenarnya 'monarki' yang perlu dijatuhkan.INI TUJUAN UTAMA PERANG DUNIA PERTAMA.Ini kerana Kerajaan Uthmaniyyahlah yang memegang Palestin ketika itu,tanah yang dirancang oleh Dajjal untuk dijadikan pangkalannya.Selepas siri Perang Dunia,dan tamatnya Perang Dunia Kedua selepas pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki,maka BERMULALAH PERMAINAN YANG LEBIH MENARIK!Fasa kedua ini lebih dramatik,menubuhkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation).PBB tidak dapat ditubuhkan jika tidak menggunakan alasan dua peperangan besar yang menjadikan seluruh dunia khasnya Eropah berada dalam keadaan trauma.Dasar Imperialisme juga sama,MEREKA TIDAK AKAN MEMBERIKAN KEMERDEKAAN SELAGI TIDAK WUJUD GOLONGAN NASIONALIS.Imperialisme berakhir sejurus selepas Perang Dunia Kedua.Segala-galanya berjalan mengikut perancangan.Imperialis menumbuhkan nasionalis dan nasionalis inilah yang sebenarnya yang menumbangkan Khalifah Uthmaniyyah baik di Arab Saudi hinggalah di dalam Turki sendiri.Siapakah Kamal Attaturk?Dia adalah pemimpin nasionalis Turki.Tentera Berikat tidak akan dapat menjatuhkan Khalifah walaupun mereka bersatu menentang Khalifah.INI KERANA SISTEM KHILAFAH ADALAH SALAH SATU KEKUATAN UMAT ISLAM,dan ini amat-amat ditakuti oleh The AntiChrist,walaupun kedudukan Khalifah ketika itu amat lemah dan para hamba Dajjal amat yakin dapat menakluk Turki dengan tentera-tentera mereka.Apalah sangat dengan Turki,jika dibandingkan kejayaan menentang Nazi Jerman,Fasis Itali dan Jepun.Bukan sahaja Inggeris malah pembantu Dajjal paling rapat pun amat pelik dengan 'bos' mereka ini.Namun arahannya tetap dipatuhi.Siapalah mereka hendak menentang arahan Raja Yahudi Yang Ditunggu-tunggu ini.Lihat keputusan pelik Dajjal ini.Bukan semua tujuannya diselesaikan dengan kekuatan tentera.SAMA SEPERTI YANG DILAKUKAN INGGERIS DI TANAH MELAYU.
DAJJAL AMAT-AMAT MENITIKBERATKAN PANDUAN DARI KITAB-KITAB AGAMA.TERUTAMANYA ALQURAN DAN HADIS-HADIS NABI.
NABI MUHAMMAD adalah manusia yang amat digeruni dan disanjung Dajjal dan segala amalannya diikuti oleh Dajjal kerana dia tahu amalan kehidupan Nabi Muhammad adalah warisan kenabian yang agung sejak Nabi Adam a.s.
“....Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?”
“Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”
“Apakah orang-orang Arab memeranginya?”
"Ya”
“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka?"
“Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”
“Apakah demikian?”
“Ya”
"Lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah Al-Masih (Messiah). Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kota Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat....”
-Dajjal Laknatullah The AntiChrist
(dipetik dari Kisah Tamin Ad-Dari)
"...lebih baik mereka untuk mengikutinya..." adalah kata-kata Dajjal menunjukkan dia tahu apa yang tidak diketahui kebanyakan manusia ketika itu malah termasuk juga manusia pada hari ini.Manusia yang paling malang mungkin pembuat filem Fitna dan pelukis karikatur Nabi yang dijadikan propaganda supaya manusia membenci Nabi Muhammad dan menjauhi sunnahnya termasuk golongan antiHadis (teka siapa golongan ini di Malaysia?) yang teramat dungu.Padahal pada masa yang sama The AntiChrist yang menjadi 'bos' kepada golongan Elit Eropah ini amat-amat menyanjungi Nabi Muhammad dalam diam-diam.
Jadi,berbalik kepada persoalan PBB,apakah sebenarnya tujuan PBB ditubuhkan selepas Perang Dunia Kedua?TUJUAN SEBENARNYA IALAH UNTUK MENUBUHKAN NEGARA HARAM ISRAEL.Titik.
Itu sahaja.
Perancangan beratus tahun dari pendaratan Columbus di Amerika,Renaissance dan Reformation,Revolusi Perancis,WWI & WWII hinggalah penubuhan PBB adalah untuk menubuhkan ZION di Israel.
Ini adalah contoh Sejarah Major.
Pelajarilah sejarah dunia untuk memahami senario dunia hari ini dan akan datang.Jika anda adalah seorang pemimpin atau ahli politik,kemampuan untuk membaca pergerakan sejarah dunia pada masa lalu dan kini adalah amat penting untuk mencorakkan keputusan-keputusan anda.MASA KINI ADALAH BAYANGAN MASA DEPAN.Dan masa kini adalah WARISAN MASA YANG LALU.Ini adalah prinsip sejarah.Pada titik-titik tertentu,SEJARAH MUNGKIN BERULANG dan ini adalah satu fakta dalam kajian sejarah antarabangsa.Sejarah boleh diramal berdasarkan 'pattern' sejarah lampau.
Ini adalah Jigsclue yang penting.Rujuklah selalu ketika mencantum puzzle anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mohon share yea M.O
ReplyDelete