Thursday, November 3, 2011
Mukaddimah
Assalammualaikum & salam sejahtera,
Di sebalik kehidupan manusia yang sibuk dengan pelbagai aktiviti,hiburan dan karier...terdapat sekelompok entiti yang merancang sesuatu.Di sebalik dunia ini,terdapat satu ruang abstrak yang cuba untuk mengatur alam semesta ini mengikut telunjuknya.
Musuh utama manusia ialah Iblis.Dan ia berusaha siang dan malam untuk menyesatkan seberapa ramai manusia untuk dibawa ke neraka Allah.Tentera-tenteranya terdiri dari syaitan jin dan syaitan manusia.
Syaitan manusia ini telah menubuhkan pelbagai organisasi dan pertubuhan untuk merangka pelbagai pelan tindakan bagi menguasai dunia dan mempengaruhi manusia.Hasil tindakan mereka akan memudahkan syaitan jin untuk memerangkap manusia,sekaligus membuatkan cita-cita Iblis tercapai.
Kerapkali aktiviti syaitan-syaitan manusia ini amatlah sukar dihidu,dan mereka kebanyakannya adalah terdiri daripada para elit yang genius dan kaya-raya,berpengaruh dan punya karisma.Mereka menguasai perniagaan bernilai bertrilion pound sterling dan memiliki fasiliti media dan ketenteraan terbaik dunia.
Manusia yang dipelawa masuk ke organisasi mereka akan dibawa sedikit demi sedikit ke dalam perangkap.Dalam sistem kepercayaan juga syaitan manusia telah membangunkan hierarki:
-Para kuli bawahan terdiri dari pelbagai anutan agama termasuk Islam,kuli jenis ini memang menganut agama mereka masing-masing tetapi secara sedar atau tidak mereka menjalankan kerja-kerja kotor bagi pihak syaitan manusia.Orang Islam yang dungu layak pada peringkat ini.
-Para kuli pertengahan,mereka juga menganut kepercayaan masing-masing tetapi dicampur aduk dengan pelbagai ajaran pagan dan mistik sesat yang tidak ketahuan punca.Mereka pada peringkat ini berkeupayaan membuang mana-mana prinsip agama asal mereka yang dirasakan tidak sesuai dengan trend syaitan manusia.
-Para kuli peringkat tinggi,pada peringkat ini mereka mula mengamalkan sihir;ciri penting agama Iblis.Mereka memuja lambang-lambang suci dan 'magic'.Sacred Geometry dan Magic Number adalah asas kepada astrologi sesat yang dianut mereka.Sihir adalah tunjang kehidupan mereka.Ada sebahagian dari mereka masih berimejkan agama masing-masing atas tujuan tertentu.Tetapi hanya elemen-elemen sesat sahaja yang mereka kekalkan,elemen positif dan murni dari ajaran agama asal mereka selagi tidak selari dengan kehendak tuan mereka para syaitan manusia,maka akan dicampak jauh-jauh.
-Para kuli tahap elit,pada tahap ini mereka menyembah Iblis sepenuhnya.Sihir hanyalah ilmu yang kecil sahaja pada tahap ini.Di sini mereka dikatakan menemui 'Illumination' (pencerahan).Mereka dapat berinteraksi dengan syaitan dan ya...tentu sekali dengan ketua para syaitan manusia,Dajal Laknatullah.Mereka akan diajar rahsia alam,asal-usul makhluk dan sejarah alam semesta (mengikut sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh Iblis Laknatullah selaku Guru Utama bagi Dajal Laknatullah).Antara hasil dari pelajaran (contoh yang popular) yang diterima oleh para pengikut tahap ini adalah kitab iblis Secret Doctrin oleh H.P Blatvasky dan ajaran Theosofi,ibu kepada gerakan New Age pada hari ini.
-Para kuli tahap 'Grand Illumination'-Ini adalah peringkat pembantu setia Dajal Laknatullah dan hampir-hampir kepada pertemuan dengan Iblis Laknatullah.Mereka ini akan diajar sukatan pelajaran yang berlainan dari yang diterima oleh para hamba peringkat bawah dari mereka.Setelah mendapat pengetahuan baru ini (Grand Illumination),maka pengetahuan 'illumination' yang diterima oleh hamba-hamba di bawah peringkat mereka hanyalah pembohongan semata-mata (hoax) dan menjadi gelak ketawa para kuli Dajal peringkat ini.PADA PERINGKAT INI BARULAH MEREKA TAHU MUSUH SEBENAR YANG PERLU MEREKA HAPUSKAN.Mereka juga belajar mengenai Tuhan yang mencipta Iblis dan Dajal sendiri,Tuhan yang mencipta alam semesta dan segala makhluk.DAN MISI MEREKA IALAH BERUSAHA UNTUK MENGALAHKAN TUHAN INI.Inilah misi terahsia yang paling penting.
INGAT,PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI MANUSIA BUKAN BERURUSAN DENGAN MANUSIA LAGI SEBAGAI MUSUHNYA,TETAPI IBLIS...
Namun jangan bimbang,Allah s.w.t adalah pelindung paling ampuh untuk melawan segala kegilaan ini.Penyerahan diri kepadanya adalah benar-benar menakutkan sang Iblis.
Di sini terdapat beberapa 'clue' untuk membaca pergerakan syaitan-syaitan manusia ini.Ingat,pada peringkat seterusnya,Yahudi dan Kristian hanyalah 'scapegoat' bagi para penyembah Iblis 'Luciferiancraft'.Apa yang perlu kita lakukan ialah supaya mengelakkan diri terperangkap di dalam permainan psikologi syaitan-syaitan manusia.
Baca jigsclue-jigsclue ini sebagai asas untuk menghidu pergerakan mereka.Selebihnya ialah iman yang kental.
Selamat mengharungi ketidakpastian dunia ini dan segala pancarobanya.
-Lodgekeeper & M.O
MistisFiles International
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam....macam mana insan sekerdil seperti saya nk melawan benda2 ni semua...mata wang kita pkai skrg pun brunsurkan riba...apa pndapat saudara...
ReplyDeleteYa Allah ya Tuhanku,jauhkan lah aku dari Iblis dan syaitan.
ReplyDeleteSiti Hanna..izinkan saya memberikan pendapat..
ReplyDeleteSalam wbt..pada pendapat saya..tugas LODGEKEEPER&M.O adalah memberitahu kita "KEBARANGKALIAN AKAL&EMOSI" kita dalam tangani masalah dunia dan etika dunia sekarang..(di era kita)
jadi ttg mata wang itu..sudah menjadi satu hal yg kita xleh elakkan...jadi "terpaksa"lah kita terima dengan tanganinya secara jujur n ikhlas...insyaallah mendapat keberkatan..dan jgn sampai kita ini di catur oleh pencipta mata wang dunia..
selebihnya utk melawan benda ini semua..SESAMALAH KITA DEKATKAN DIRI KITA KEPADA ALQURAN dan SUNNAH seperti yg dipesan dan diwasiatkan oleh RASULLULLAH SWT..
mmg sukar hendak dekatkan diri pada alquran n sunnah..apatah lagi memahaminya..tapi xde salahnya jika berusaha menegakkan "suruhan dari-NYA"...dan ingatlah bukannya hak kita meletakkan kita ni di tahap mana...biarkan saja masa dan takdir yg tentukan..dan kita BERSERAH PADA YG ESA..INSYAALLAH
kita ni manusia jahil n kerdil di sisi mereka yg berjaya...apatah lagi di sisi ALLAH SWT..
jadi sesamalah kita belajar MENIKMATI PERIHAL DUNIA INI DENGAN JUJUR,IKHLAS DAN KESYUKURAN...insyaallah syurga balasan kita..dan sesama jugalah kita MENEGAKKAN HUKUM2 ALLAH SWT..walaupun kita tahu kita x sekuat mereka yg menentang..insyaallah..ALLAH MAHA MENGETAHUI DARIPADA MEREKA2 YG KETAHUI HAL2 YG SEBENAR..
^^,
wallahualam..
iman - kembali kepada al-quran & sunnah... jgn kembali kepada akal semata, kerana aqal kita telah dididik selama ini melalui jalan2 mereka.
ReplyDeletejangan membaca sahaja..berfikir dan bertindak dalam masa yang sama...because the next things is us..
ReplyDeleteTerima kasih MO, semoga usaha kita dapat menjernihkan pemikiran sebahagian dari Umat ini yang telah jauh tersasar dari landasan.
ReplyDeleteMO..
ReplyDeleteterima kasih di atas kewujudan blog khas jigclue.
ape pun, mistisfile.blogspot masih diperlukan kerana banyak pengetahuan yang sangat baik diperolehi.
walaupun MO dikhabarkan kurang aktif untuk satu jangkamasa (pendek...hmmm mungkin panjang), tetapi berilah peluang untuk org2 yang baru belajar spt saya ini untuk sekurang-kurangnya dapat membaca segala post (rencana..) di mistisfiles.blogspot.com
semoga MO dapat memberi perhatian terhadap perkara ini..terima kasih
add saya myglobalmind@gmail.com
ReplyDeletejika ada yang mengaji.. mesti ada yang mengkaji.. jika ada yang berguru.. mesti ada yang jadi cikgu.. emm.. cikgu!? tu yang masalah.. ceh!
ReplyDeleteAda tiga element ni Dalam Diri (Jiwa) Insyaallah dibimbing
ReplyDeleteIslam
Iman
IHSAN <- Master Key