Thursday, November 3, 2011

Ucapan dari Moderator MF





Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,




Pengetahuan rahsia itu hanya untuk mereka yang memahami.Kata-kata ini tepat apabila anda sedang mencari pengetahuan rahsia itu.Bagi mereka yang alpa,mereka tidak lebih hanyalah umpama haiwan ternakan yang makan untuk hidup dan akhirnya mati,menjadi bangkai dan mereput.Kita semua adalah 'ciptaan' Dia dan suatu hari pasti akan mati,tidak kira anda adalah seorang presiden ataupun pengemis,anda pasti akan mencapai sakaratul maut.

Kita hidup di dalam dimensi ciptaan Dia,dan ini dipanggil 'Matrix' dalam terminologi yang lebih moden.Kita tidak tahu apa di luar Matrix ini sehinggalah Dia menyuntik 'pengetahuan rahsia' itu melalui para nabi dan rasul yang mengkhabarkan apa yang di luar Matrix iaitu apa yang dipanggil oleh kita sebagai 'alam ghaib'.Kita ibarat anak ayam di dalam telur atau fetus di dalam rahim ibu.Sampai masa kita akan tahu kebenaran sebenar.Tetapi masalahnya sekarang,kita dituntut untuk percaya kepada apa yang diberitahu sebagai pengetahuan rahsia itu,dari mulut para nabi dan rasul.Ketika Matrix disingkap dan KEBENARAN akan dibuka,Dia...akan memilih siapa yang percaya ketika di dalam Matrix dan menyeksa siapa yang mendustakan 'berita di Luar Matrix' dari para utusan-Nya.Tiada jalan keluar,kita semua adalah 'ciptaan' Dia dan suatu hari pasti akan mati,tidak kira anda adalah seorang presiden ataupun pengemis,anda pasti akan mencapai sakaratul maut,keluar dari Matrix dan 'terpaksa' melihat keputusannya iaitu Kebenaran itu.

Menarik bukan 'permainan' ini?

Dahulu saya seperti anda semua,saya hidup untuk makan,makan untuk hidup.Saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi,yang saya tahu,saya belajar,bekerja,beranak pinak dan mati.Saya tidak tahu dari manakah datangnya diri saya dan apa tujuan saya wujud di dalam dunia,atau ke  mana saya selepas ini.Dahulu saya percaya saya berasal dari beruk yang mengalami evolusi.Dahulu saya percaya bahawa bahawa rezeki datang dari pekerjaan,datang dari kilang,datang dari pejabat,datang dari kebun.

Dahulu saya bukanlah orang yang mengendahkan soal agama.Saya tidak jaga solat apatah lagi solat berjemaah.Rumah saya hampir dengan masjid tetapi saya pekakkan telinga bila azan berkumandang.Darjat saya hampir sama dengan Teresa Kok atau Namawee yang memperlekehkan azan,bezanya saya Islam tetapi mereka bukan Islam.Bezanya saya pernah belajar melaungkan azan ketika di sekolah agama rakyat,tetapi mereka tidak berpeluang belajar tentang azan dan segala khazanahnya,apatah lagi tentang Islam.Bezanya saya tahu tetapi buat-buat tak tahu,mereka pula memang tak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu.

Dahulu saya tidak pernah menghargai Islam yang saya anuti.Saya rasa Islam atau tidak,sama sahaja.Kehidupan saya sama seperti orang kafir.Saya rasa Islam tidak memberi apa-apa impak kepada kehidupan saya,saya tetap lulus periksa dan mendapat pekerjaan yang bagus.Saya tetap berjaya dan memiliki apa yang saya idamkan.Islam saya hanya pada nama.

Suatu ketika apabila saya terbaca maksud dari surah At-Thariq,pada ayat-ayat yang terakhir:


"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya

Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya

Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar"

"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)


(At-Thaariq, 86:15-17)



....saya merasakan ada sesuatu rahsia penting di dalam ayat-ayat itu.Siapakah mereka yang merancang itu?Mengapa Tuhan begitu baik membiarkan mereka dengan memberi tangguh?Apakah perancangan Tuhan?Kemudian soalan-soalan itu berlalu begitu sahaja.

Sehinggalah pada suatu hari apabila saya berpeluang menghadiri satu perjumpaan sebuah kelab di Eropah.Kelab tersebut didanai oleh satu pertubuhan sulit LuciferianCraft,dan saya hadir di sana bukanlah sebagai tetamu tetapi salah seorang konsultan utiliti yang menjaga fasiliti-fasiliti tertentu,dan saya perlu berada di dalam premis mereka untuk memastikan semua kelengkapan dalam keadaan baik.Saya tidak tahu mengapa saya boleh terlepas,dan ini mungkin ada hikmahnya.Di dalam perjumpaan sulit itu,saya begitu terkejut bahawa agenda utama mereka adalah membincangkan untuk menghadapi satu perkara yang selama ini saya tidak peduli sama sekali.

Islam.

Sejak dari itu saya mula mengkaji dan mengkaji tentang Islam dan mengapa ada sekelompok manusia yang begitu takut dengan agama ini.Saya seolah-olah seperti orang kafir yang mula mahu mengenali Islam.Saya mula terkenangkan ustaz di kampung ketika kecil yang mengajar saya mengaji.Dahulu saya tidak ambil pedulipun tentang AlQuran.Namun saya mula sedar akan kehebatan AlQuran apabila berjumpa dengan ahli-ahli Luciferian yang membaca AlQuran untuk mengorek rahsia masa hadapan dan dimensi-dimensi ghaib malah ada yang menghafalnya,sedangkan saya seorang Islam pun masih merangkak-rangkak membaca AlQuran.

Saya ingin tanya kepada anda semua wahai umat Islam,adakah kamu tahu apa yang dibincangkan dalam Perjumpaan Bilderberg?Apa yang dibincangkan di dalam Bohemian Groove?Di dalam Round Table?




Saya namakan bidang yang saya kaji ini sebagai 'Seni Perancangan Musuh-musuh Allah'.Media memanggilnya 'Teori Konspirasi'.Orang-orang yang dungu memanggilnya 'karut' dan 'paranoid'.

'Goyyim' menganggapnya sebagai filem National Treasure dan hiburan masa lapang.

Sesungguhnya manusia adalah menjadi musuh kepada apa yang mereka tidak ketahui.Musuh kepada apa yang mereka tidak fahami.Sehinggalah apabila Kebenaran itu berada di depan mata barulah mereka sedar.Namun malangnya,kesedaran mereka itu seringkali tidak berguna.APA YANG PENTING MENGGUNAKAN AKAL UNTUK MENAPIS SEGALA MAKLUMAT.Memang terdapat maklumat yang salah,tetapi tidak seharusnya kita menolak semua maklumat.Orang yang mampu menapis semua maklumat ialah kerana dia banyak membaca semua maklumat.Maksud saya,berpengetahuan luas.Sebagai contoh,orang yang dari kecil asyik membaca pasal matematik dan pakar matematik berpotensi untuk menolak maklumat mengenai agama yang abstrak,subjektif dan mistik,sementara matematik adalah konkrit,objektif dan realiti.Sepanjang pengalaman saya,orang yang berlatarbelakangkan akademik yang hebat-hebat mahupun orang yang memiliki kelayakan dalam bidang agama sekalipun tidak terlepas menjadi 'goyyim' dan 'haiwan ternakan'.Ada dua kategori orang dalam mempelajari ilmu agama.Pertama,mereka yang mempelajari agama hanya untuk tujuan keduniaan,sebagai contoh untuk mencari pekerjaan,mencari rezeki.Mereka belajar agama hanya untuk menjawat jawatan ustaz atau ustazah.Sama juga ada orang menghafal AlQuran hanya untuk jadi hafiz dan hafizah,namun kadangkala mereka sendiri pun tak memahami maksud AlQuran itu sendiri.Komputer dan mesin pun boleh menghafal dan membacakan AlQuran untuk anda.Tetapi bezanya,komputer TIDAK FAHAM ISI ALQURAN.

Kita belajar agama UNTUK AMAL AGAMA ITU.Bukan untuk mempergunakan agama.

Kita belajar agama untuk memahami apakah sebenarnya Matrix yang kita berdiam ini dan mengenal siapakah pencipta Matrix.Namun ada orang yang menjadikan agama sebahagian dari Matrix,maka dia masih kekal ditipu oleh Matrix.Orang yang bijak ialah orang yang mengamalkan agama untuk bebas dari Matrix menuju kepada Pencipta Matrix,dan dirinya.

Sebab itu dalam isu Hudud,masih ada orang yang rela dirinya ditipu.Hukum Hudud adalah hukum Allah s.w.t yang menciptakan anda dan saya.Ada orang yang mengatakan Hudud hanya 0.01% (kalau tak silap saya) dari Islam,maka tidaklah wajib dilaksanakan.Sebenarnya kepada para pemimpin yang memegang kuasa politik,tanggungjawab menjalankan hukum Allah adalah 100% terletak dibahu mereka,bukan 0.01% lagi.Tanggungjawab saya dan anda ialah untuk menyokong dan menyenangkan hukum Allah ini tertegak.Hudud jangan dipolitikkan.Perbalahan Datuk Zulkifli Noordin dan PAS mengenai HUdud amat dungu dan memalukan.Jika kita tidak tahu jangan bercakap seolah-olah kita tahu,TERUTAMANYA DALAM SOAL AGAMA.Datuk Zulkifli Noordin sepatutnya datang menziarahi pemimpin PAS dan berbincang mengenai perlaksanaan hukum Hudud,bukannya berkokok dari luar sehingga memberi imej bahawa,sesama Islam pun berbalah mengenai hukum Hudud.Melicinkan,bukan menserabutkan.Kita semua ada ego masing-masing tetapi jangan libatkan agama.Sebab bila anda mencapai sakaratul maut,Pencipta hukum Hudud akan mengadili anda,kenapa di dunia kamu tidak ikhlas menegakkan hukum Aku?

Saya melihat hukum Hudud (sebenarnya Hudud hanyalah sebahagian dari Fiqh Jinayah) adalah sebagai 'test' kepada individu-individu tertentu,juga kepada saya dan anda.Jika saya mengaku muslim,solat dan berpuasa sebagai contoh tetapi dalam soal politik,saya tidak mampu menuruti apa yang Rasulullah s.a.w ajarkan.Saya mengaku saya menyokong hukum Allah,tetapi bila ada orang mahu menjalankannya,anda menserabutkannya hanya kerana anda benci mereka,anda mahu jaga ego anda.Jangan begitu.Dunia ini akan lenyap.Jika anda tidak mampu menegakkan hukum-Nya,janganlah pula menghalang orang lain yang berusaha mahu menegakkannya.Di akhirat,Hudud Allah PASTI MENANG.Bar Council tidak lagi bermakna apa-apa.

Orang yang paling tahu mengenai kebenaran Islam ialah ya...sudah tentu orang pilihan-Nya seperti nabi-nabi dan rasul-rasul.Bagi tingkatan orang awam seperti saya dan anda,orang yang paling sedar kebenaran Islam ialah orang yang telah nampak perancangan musuh-musuh Islam.Orang yang belajar tentang Islam belum tentu tahu kebenaran agama yang dipelajarinya.Pernah dengar tentang 'ustaz' yang meliwat,atau bakal ustazah yang bersekedudukan?Ini manusia yang belajar agama tetapi tidak faham agama,seterusnya tidak AMAL AGAMA.Namun orang yang mempelajari seni perancangan musuh-musuh Allah akan sedar,BETAPA BERNILAINYA AGAMA ISLAM ini.

Para elit Luciferian amat menghormati Holy Scriptures.Apakah itu Holy Scriptures adik-adik,kakak-kakak,abang-abang?IA ADALAH HIMPUNAN APA YANG DINAMAKAN WAHYU DARI 'GOD'.Dan AlQuran adalah salah satu rujukan para elit Luciferian untuk menafsir pergerakan masa depan dan dimensi alam semesta.

Siapakah orang yang paling kaya di dalam dunia?Doktor?Jurutera?Presiden?Raja-raja?Korporat?

Orang yang paling kaya dalam dunia ialah PARA PENYEMBAH IBLIS.

Itulah dia para elit Luciferian yang mendominasi dunia material.Mereka memiliki bisnes bernilai bertrilion pound sterling,teknologi-teknologi canggih bertahap 'luar angkasa' dan pengaruh 'mindcontrol' yang kuat ke atas majoriti manusia.Jika ada orang yang berlagak di depan saya hanya kerana dia tauke kedai atau bekerja sebagai akauntan,saya hanya ketawa terbahak-bahak di depan manusia malang itu.Saya pernah bergaul dengan para elit Luciferian ini dan mereka memang 'humble'.Apakah sifat yang paling mereka agungkan?Ia adalah "The more you give, the more you have/get".Ini adalah prinsip dalam sains kehidupan yang diajarkan oleh New Age Religion,salah satu cabang dalam agama menyembah Iblis.Dari mana ilmu ini datang?Dari kata-kata Rasulullah s.a.w:

Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”

Kata-kata Nabi memang selalunya benar.Tetapi kita selalunya mula percaya bila doktor,saintis ataupun orang yang kita hormati membenarkan hadis-hadis nabi.Jika tidak,kita akan merasa ragu-ragu atau menolak hadis nabi.

Namun malangnya,ada lagi manusia yang lebih kaya dari para elit Luciferian.Siapa?

Iaitu mereka yang bersifat qanaah,yakni merasa cukup dengan nikmat yang ada.Ini orang paling kaya.Orang yang miskin ialah orang hidupnya tak pernah merasa cukup walaupun mangkuk tandasnya diperbuat dari emas.

Sebab itu di MistisFiles,kami berusaha memahamkan anda tentang mengapa para elit Luciferian mengadakan seminar atau perbincangan semata-mata mahu 'mengawal' Islam.Kami mahu mengajak anda keluar dari penyakit 'goyyim'.Goyyim ialah orang yang tidak peduli.Goyyim ialah orang yang dungu yang terkongkong dalam logiknya sendiri.JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI GOYYIM.Saya berada di kalangan mereka dan saya tahu mengapa Islam ini adalah BENAR.Sesungguhnya Iblis penuh dengan perancangannya ke atas anak Adam.Saya tidak kagum jika anda berada di dalam Freemasonry,Rotary atau Lion Club,tetapi saya sudah bergaul dengan mereka yang berada di dalam organisasi yang menguruskan 'puppet-puppet' mereka seperti Lion Club dan Freemasonry malah Jesuit dan Zionis Antarabangsa.

Sebab itu di dalam MistisFiles,kami tidak memaksa anda mempercayai kami,tetapi cukup jika anda menggunakan akal anda untuk berfikir.Walaupun saya mengetahui beberapa pengetahuan rahsia,namun saya bukanlah nabi atau orang pilihan-Nya.Saya adalah manusia yang penuh dosa.Apa yang dilakukan oleh saya dan yang lain adalah hanya memberikan kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' untuk kita sama-sama mencantumkannya dan melihat 'Gambar Besar'.Di sini saya memiliki beberapa kepingan 'jigsaw puzzle'.Mungkin di tangan anda ada beberapa lagi.Kita sama-sama cantumkan ia.Saya berada di dalam Matrix ini,saya tidak tahu apa di luarnya.Anda juga begitu.Anda tidak tahu apakah sebenarnya Matrix ini.Tetapi mujurlah Dia mengutuskan utusan-Nya ke dalam Matrix ini.Kita ikut sahaja peraturan-Nya dan suatu hari nanti anda dan saya akan keluar dari Matrix ini dengan tersenyum-senyum.









Salam hormat,

-M.O

MistisFiles & Mistis Organization

'Riot'







Di dalam dunia ini yang semakin cepat menuju ke arah kehancuran total,adalah penting untuk mengetahui bahawa apa yang berlaku di dunia ini seolah-olah 'sedang dirancang' atau 'cuba dirancang'.Untuk mencapai kehendak Dajjal,negara-negara Timur Tengah mesti dicaturkan kembali bagi menegakkan apa yang dinamakan 'ISRAEL RAYA'.Jika tidak dapat mengubah dari kalangan pemimpin atasan,perubahan boleh dilaksanakan melalui kedunguan para rakyat.Semua ini boleh dilakukan melalui sistem sekular dan demokrasi barat.Melalui teknik P A N I C dan Problem-Reaction-Solution,ia digandingkan dengan konsep NWO terbaru dan terkini,seperti yang kita lihat hari ini di kaca televisyen dan dada-dada akhbar.Kedua-duanya akan terkorban;para pemimpin yang korup dan rakyat yang gelojoh.

Sementara mereka menyangka diberi penawar,sebenarnya mereka sedang meminum racun!

Ini adalah jigsclue #016 di bawah codename 'RIOT'.

'Dengar' baik-baik.




-M.O













'R I O T'







Just victims of the in-house drive-by
They say jump, you say how high


-Bullet in your head,Rage Against The Machine






Di dalam jigsclue yang lepas,telah diterangkan mengenai senjata P A N I C dan polisi Ordo Ab Chao.Apa pun kaedahnya,matlamatnya hanya satu iaitu menimbulkan masalah,kemudian menawarkan ubat.Dan di dalam ubat itu ada racun yang tersembunyi.Berabad-abad lamanya manusia-manusia goyyim ini tertipu dengan muslihat ini;timbulkan masalah,kemudian tawarkan penyelesaian.Taktik ini telah digunakan pada Perang Dunia I dan II serta Tragedi 911.Kini ia digunakan di negara-negara Arab.Menggunakan gabungan taktik-taktik sebelum ini seperti Divide n Rule,Thesis n AntiThesis serta Ordo Ab Chao,strategi kali ini lebih 'advance'.Sebelum kita menelusuri apakah strategi baru mereka,kita lihat dahulu apakah motif mereka di Timur Tengah.

SEbenarnya sesiapa yang arif tentang Protocol of The Learned Elders of Zion akan maklum akan perancangan Yahudi Zionis untuk menakluk negara-negara Arab ini.Ini untuk mewujudkan apa yang dinamakan 'Israel Raya' merangkumi lembah Sungai Furat terutamanya.Perancangan ini dijalankan secara halus.Apa yang dikehendaki oleh Yahudi Zionis ialah seluruh bumi Arab tunduk kepada Israel.Dahulu ini berjaya dilakukan melalui bantuan Amerika.Apabila kebanyakan pemimpin Arab menjadi pencacai Amerika secara tidak langsung turut menjadi pencacai YAhudi.Namun kini masa semakin mencemburui.Nafsu New World Order (NWO) mahukan lebih lagi,iaitu penguasaan total.Apa yang berlaku kepada Iraq dan Afghanistan adalah satu kejayaan sebenarnya dari eksperimen 911.Nampaknya pada zaman 'antiimperialis' ini masih ada negara boleh menjajah negara lain secara 'legal' menggunakan kuasa tentera.Perhatikan senario di Libya.Padahal masalah pemberontak dan kerajaan Muammar Ghadafi adalah 'masalah rumahtangga' mereka,bagaimana Amerika dan NATO boleh masuk campur?

Jadi,jika Iraq dan Afghanistan boleh dijajah,mengapa tidak Libya dan negara-negara lain?

Inilah dia konsep penjajahan era baru.Apa yang perlu ialah mencipta alasan terlebih dahulu supaya masyarakat antarabangsa boleh didodoikan secukupnya.Untuk menjajah Iraq dan Afghanistan,isu pengganas diputarkan.Rakyat Amerika dan WTC dikorbankan.Jadi bagaimana dengan misi memporak-perandakan Arab?

Ingat,terdapat dalam plan NWO dahulu yang merancang untuk menghancurkan Syria selepas Iraq.Ini kerana Syria termasuk di dalam negara-negara pengganas oleh Jabatan Luar Negeri AMerika.Namun kemudian,isu ini seolah-olah senyap.Adakah mereka melupakan misi mereka?TIDAk.Apa yang berlaku ialah mereka cuma menunggu masa yang sesuai.

Sekarang mari kita lihat strategi mereka.



Boneka








Umum mengetahui,kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab adalah boneka atau setidak-tidaknya pencacai Amerika.Kita boleh lihat ketika serangan Amerika ke atas Iraq dan Afghanistan,semua negara-negara Arab membenarkan zon udara,darat dan air mereka digunakan sepuas hati oleh Amerika dan sekutunya.Ini samalah dengan sikap negeri Thai yang membenarkan tentera Jepun menggunakan Segenting Kra untuk menakluk Tanah Melayu.Padahal rakyat Iraq satu agama dan malah sebangsa dengan mereka!Ini bertentangan dengan konsep Islam yang mengatakan bahawa umat Islam itu umpama satu tubuh,sakit satu bahagian maka seluruh bahagian merasa sakit.Apabila keadaan ini terjadi maka tidak hairanlah bantuan Allah s.w.t tidak tiba walaupun mereka berdoa penuh harap.Kita boleh lihat orang-orang di Afghanistan dan Iraq malah Palestin yang dianiaya,mereka menangis bertalu-talu teramat sedih.Mereka menjadi begitu kerana kesalahan kita dan mereka sendiri yang tidak mengikut konsep satu tubuh.Nanti apabila Malaysia atau Indonesia pula dijadikan sasaran,jangan pula salahkan negara-negara Arab yang nantinya akan bersikap 'oh...I see' kepada kita.KITA ADALAH MANGSA KEBODOHAN KITA SENDIRI YANG MENGAMBIL SIKAP TIDAK MEMPEDULIKAN AGAMA.

Apa yang terjadi kepada negara-negara Arab kini adalah SISTEM BONEKA INI BERJALAN DENGAN BAIK selama bertahun-tahun.Caranya ialah menaburkan mereka kekayaan material dan menaja kehidupan hedonisme kepada generasi mereka.Apabila keluarga mereka sudah terbiasa dengan kehidupan material yang dibekalkan oleh NWO maka secara tidak langsung mereka seolah-olah telah diberi BEKALAN DADAH;pada satu titik,mereka sudah tidak sanggup lagi berpisah dengan kehidupan mewah tersebut walau dengan apa cara sekalipun.Cukup baik jika mereka sanggup menjual AGAMA mereka semata-mata untuk meneruskan kehidupan mewah tersebut.

Sampai ke peringkat ini,mereka sudah berada di dalam kawalan NWO.Mereka boleh berbuat sesukahati asalkan tidak melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya di dalam negara.Rasuah,penyelewengan,penindasan terhadap rakyat adalah warna-warni biasa semua negara-negara Arab termasuk Iran yang senyap-senyap menindas pengikut Sunni.Di negara-negara Arab,konsep boneka ini amat mudah diterapkan kerana bangsa Arab rata-ratanya amat suka kepada kemewahan yang berlebih-lebihan.Namun pada masa yang sama,mereka cuba menjaga hati rakyat dengan membangunkan fasiliti dan ekonomi.Ini berbeza dengan pemerintah-pemerintah Afrika yang bukan sahaja bermewah-mewahan malah membiarkan rakyat hidup kebuluran padahal pada masa yang sama pemerintah tadi menggunakan sumber negara untuk mengkayakan keluarganya.

Kita ambil contoh mudah,seperti Brunei,umum mengetahui bahawa ada di antara keluarga kerabat Sultan yang bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan,tetapi pada masa yang sama Sultan begitu mengambil berat kebajikan rakyatnya.Ini sama dengan negara-negara Arab,cuma Sultan Brunei mempunyai reputasi dari segi sejarah sebagai pelindung dan pemimpin kepada rakyat Brunei.Menjatuhkan Sultan samalah seperti menjatuhkan seluruh kredebiliti sejarah dan maruah rakyat Brunei seluruhnya.

Berbalik kepada negara-negara Arab tadi,walaupun pada masa yang sama para pemimpin Arab menjaga ekonomi dan membangunkan negara,namun rasuah,penyelewengan dan salahguna kuasa juga berjalan serentak dan ini membuatkan rakyat memendam perasaan.Para pemimpin Arab kini seolah-olah menyambung tradisi sesetengah amir-amir mereka pada masa dahulu yang menyalahgunakuasa namun pada masa yang sama membangunkan negara dan empayar.

Semua ini ada dalam kepala para intelligent NWO.Ejen-ejen mereka berkeliaran di seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara mengkaji senario dan iklim politik setempat.Apabila masanya sudah sampai,data dan statistik sudah cukup serta hubungan dengan 'orang dalam' telah dibuat,maka plan seterusnya dilaksanakan.



Hasutan


We got our own fight and we're going to unite
We're going to overthrow the Government today
There's a lesson to be learned or the country will burn
So I'm calling you out for a Civil War today


-Civil War,Total Chaos


Jarum dicucuk.Para pemimpin antikerajaan yang dijadikan 'patsies' dihasut dan digalakkan menyebarkan propaganda supaya mempengaruhi rakyat menentang pemimpin-pemimpin mereka.Biasanya para pemimpin Arab yang menjadi boneka cepat menghidu 'pengkhianatan' Amerika (sebagai wakil NWO) ini.Masakan tidak,setelah sekian lama membelakangi Islam demi restu Barat serta menyuburkan hedonisme di kalangan keluarga,tiba-tiba Barat menghasut rakyat menentang mereka.Mereka sedar 'tarikh luput' mereka sudah sampai.Barat dan NWO tidak memerlukan mereka lagi sebagai wakil NWO di negara masing-masing.

Maka teknik Problem-Reaction-Solution digunakan.Rakyat diberitahu dan ditekan-tekankan masalah yang mereka hadapi.Mereka diberitahu betapa teruk dan korupnya pemimpin mereka.Ini menyebabkan rakyat menaikkan dos ketidakpuashatian mereka kepada kerajaan ke tahap maksimum.KETIDAKPUASHATIAN YANG DIADA-ADAKAN.Kemudian rakyat akan berpiket,berdemonstrasi,memekik-mekik ingin menjatuhkan presiden.Ejen-ejen NWO hanya memerhatikan sahaja apa yang berlaku dari jauh.Para pemimpin Arab akan merasa tertipu,tersepit dan dikhianati.Ketika itulah mereka akan melihat Amerika benar-benar Syaitan Besar seperti yang diwar-warkan.Mereka akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika dan sekutunya.Pada masa itulah akan keluar ayat Al-Quran,isu Palestin dan perpaduan Islam padahal sebelum itu merekalah juara membelakangkan agama,memijak-mijak Hukum Allah dan menyuburkan materialistik dan hedonisme di dalam kaum kerabat.




'Riot'



 




Riot breaks out everyday
From racism to people's gain
Bloody riot to fiery hells
Riots a fact that never falls

 -Riot City 2,Total Chaos


Di negara-negara Arab yang majoritinya bermazhab Sunni,cara yang paling baik untuk menimbulkan 'riot' ialah berusaha mewujudkan hubungan dengan para pemimpin antikerajaan yang terdiri daripada pemimpin sayap kiri Syiah.Contoh yang paling terkenal ialah di Iraq iaitu Muqtada al-Sadr,pemimpin Syiah yang merupakan antara dalang kejatuhan Saddam Hussein.Selepas kejatuhan Saddam,kita boleh lihat pola politik Iraq bertukar secara drastiknya ke tangan paksi Syiah.Penindasan dan fitnah ke atas umat Islam (baca:Sunni) berterusan namun ini tidak diwar-warkan malah yang paling malang,negara-negara Arab hanya memejamkan sebelah mata.Yang peliknya,apabila Bahrain mengalami krisis politik,cepat-cepat pula tentera GCC dari negara-negara Arab tiba.Lihat,seperti biasa para pemimpin Arab BERAGAMAKAN MATERIALISTIK DAN KUASA POLITIK.Ini adalah 'TUHAN TERSEMBUNYI' mereka.Mereka boleh membiarkan rakyat Palestin kebuluran dan dibom oleh Zionis.Mereka boleh melihat dengan selamba saban hari pengikut Sunni diculik dan dianiayai oleh tentera Syiah di Iraq.Namun mereka tidak boleh duduk walau sekejap apabila sistem politik dan materialistik mereka diancam.

Jadi para pemimpin Syiah ini akan bertindak sama seperti kerajaan Fatimiyyah (ini kerajaan Syiah Mesir pada masa era Perang Salib) pada masa dahulu yang sanggup bersekongkol dengan tentera Salib untuk menyembelih umat Islam.Juga bersikap seperti pengikut Syiah Hashashin (dikenali di Barat sebagai Assasin) yang menyamar dan membunuh umat Islam.Propaganda dan hasutan dimain-mainkan.'Kuasa rakyat' digunakan sebagai topeng,asalkan dapat menjatuhkan paksi politik Sunni.Amerika dan sekutunya hanya perlu menunggu apa yang terjadi.Boneka baru telah disiapkan lebih awal,apabila boneka lama dicampak ke tong sampah,boneka baru siap untuk dimainkan.

Amerika dan NWO akan mencari isu untuk menghalalkan tindakannya.INI SKRIP YANG KLISE setiap kali Amerika dan NWO mahu menjajah sesuatu negara.Isu-isu yang biasa ialah seperti demokrasi,hak asasi,lanun,keganasan agama,diskriminasi dan isu teroris.Sekali Amerika dan NWO mendapat tempat untuk dicucuk jarumnya maka mereka akan bertindak.Dalam kes kebangkitan rakyat di negara-negara Arab,terdapat dua kemungkinan:

1-NWO mahu menggantikan semua bonekanya yang sudah tua atau tidak berdaya maju dengan boneka baru yang lebih bertenaga dan cekap mempercepatkan pelan mereka.
2-Ada boneka yang terlalu lembik dan mulai cenderung dalam mengamalkan Islam.Ini amat merbahaya bagi cita-cita Dajjal The Antichrist.

Pada awalnya dalam apa yang terjadi di negara-negara Arab bermula dengan Tunisia seterusnya Mesir dan lain-lain,masyarakat antarabangsa KHUSUSNYA umat Islam pasti menilai apa yang berlaku sebagai 'KEBANGKITAN RAKYAT','KUASA RAKYAT','GELOMBANG RAKYAT' atau sebagainya.Namun siapa yang mampu membaca setiap pelan dan pergerakan NWO akan mengetahui muslihat di setiap kejadian.

Bagaimana?




'Kami akan tawarkan ubatnya'





Yet you feed us lies from the table cloth

-B.Y.O.B,System of Down


Pertamanya,bagaimanakah 'gelombang rakyat' itu boleh menjangkiti banyak negara-negara Arab?Dengan kata lain ini bermakna negara-negara Arab ini mempunyai simptom yang sama.Ini sesuatu yang luarbiasa.Ini samalah seperti kebangkitan rakyat yang tiba-tiba berlaku di Malaysia sebagai contoh kemudian menjangkiti Indonesia,Brunei dan Singapura.Adakah ini sesuatu yang biasa?Tidak,ia tidak biasa kerana urusan dan tahap masalah politik di setiap negara adalah berlainan.Sebagai contoh,ketika krisis politik Indonesia 1998-1999 tidak menjangkiti Singapura.Krisis selatan Thailand tidak menjangkiti Malaysia walaupun umat Islam yang sebangsa dan seagama yang ditindas di sana (apatah lagi umat Palestin yang berbangsa Arab).Tetapi krisis di Timur Tengah mula menjangkiti kebanyakan negara-negara Arab dengan begitu pantas.Sehingga ke hari ini kekacauan terus berlaku di Bahrain dan Syria.

Formulanya,kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku dari APA YANG TERJADI SELEPAS KRISIS.Adakah selepas krisis,kepimpinan di negara-negara Arab akan bertukar kepada KEPIMPINAN ISLAM yang mengamalkan pemerintahan politik sesuai dengan AlQuran dan Sunnah?Jika tidak kebangkitan rakyat itu hanyalah berlandaskan plan NWO.Percayalah,negara-negara Arab mesti melangkah mayat Amerika dan NWO dahulu sebelum melaksanakan undang-undang Islam.

Menurut ajaran Ordo Ab Chao,kekacauan akan membuatkan situasi mudah untuk dikawal.Ia seperti bila anda ingin menggerakkan seketul batu pasir dengan memancutkan air ke arahnya.Ia agak sukar untuk menyeret batu pasir itu kecuali setelah anda menghancurkannya.Setelah memecahkannya,maka pasir-pasir tadi akan mengalir mengikut aliran air.Jadi timbulkan kekacauan,dan anda akan dapat mengawal situasi seperti yang anda inginkan.

Dalam kes ini,asas cerita sudah kuat.Negara-negara Arab MEMPUNYAI PARA PEMIMPIN YANG KORUP.Ini adalah hasil didikan Barat selama ini.Jadi gunakan cerita ini untuk mengapi-apikan sentimen di kalangan rakyat.Rakyat akan bangkit menentang.Yang habis masa dan tenaga adalah rakyat Arab.Yang cedera dan terbunuh adalah rakyat Arab.Yang hanya duduk menanti peluang adalah Amerika dan NWO!



Campur Tangan


Fasa terakhir dari pelan,adalah campurtangan.Apabila keadaan semakin tidak terkawal dan terjadi 'pelanggaran hak asasi manusia' maka NWO dan para proksinya akan bersediapsedia untuk campurtangan.Mereka akan 'berunding' di PBB dan meminta restu OIC (oh...I see...) sebagai 'melepaskan syarat' atau 'menyejukkan hati' kemudian 'mass masaccre' terhadap orang awam (baca:umat Islam) akan bermula dengan semua alasan bersikap teknikal seperti 'collateral damage' (kemusnahan sampingan) akan disediakan terlebih dahulu.Amerika akan mengarahkan NATO dan sekutunya mengebom negara sasaran sesuka hati,menguji peluru berpandu keluaran terbaru dan sebagai latihan perang askar-askarnya dengan mangsa hidup dan prasarana 'live'.

Contoh yang paling terdekat ialah Libya.Lihat Amerika boleh mengebom mana-mana negara sesuka hati walaupun negara itu tidak ada kaitan pun dengan Amerika,tidak menyerang Amerika mahupun mengusik Amerika.Namun dalam kes Libya,kita boleh mengagak walaupun negaranya tidak menyerang Amerika malah krisisnya hanyalah masalah rumahtangganya sendiri namun karakter Muammar Gadaffi adalah sama dengan Saddam Hussein (telah meninggal dunia).Mereka anti Amerika dan selalu menyerang imej Amerika secara terbuka.Libya dan Iraq adalah negara-negara secara tradisinya tersenarai dalam senarai negara-negara pengganas oleh Amerika.Jadi sebelum boneka NWO telah mencapai tahap 'malfunction',ia mesti dipadamkan terlebih dahulu,seperti yang terjadi kepada Hosni Mubarak.

Maka seperti biasa,Amerika pun mengarahkan 'air strike'.

Dan seperti biasa,yang terbunuh adalah orang awam.Maka yang korup adalah pemimpin Arab,yang gelojoh adalah rakyatnya.Ibarat menang sorak kampung tergadai.



KESIMPULAN


Jadi apabila terdapat apa yang dinamakan kebangkitan rakyat atau revolusi,kita hendaklah bertanya kepada diri sendiri,apakah kesan dari revolusi ini mendatangkan keredaan Allah s.w.t.Jika tidak,ia adalah revolusi nafsu atau digerakkan oleh proksi-proksi NWO.Libya adalah contoh terbaik setakat ini,apabila kebangkitan rakyat menjadi medan kekacauan dan pembunuhan orang awam.Negara lain akan mengambil kesempatan menceroboh negara kita jika kita tidak mampu mengawal situasi dalam negara.Sebab itu tindakan kebangkitan rakyat di Libya adalah bodoh dan sia-sia.Kebangkitan rakyat adalah berguna jika tersusun dan MENGIKUT NIAT HANYA UNTUK MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH DI MUKA BUMI.Selain itu adalah bodoh dan sia-sia.

Jika anda ingin menjalankan revolusi,anarki atau 'riot' fikirkan tentang ini.Pilihlah,sama ada anda ingin menjadi pejuang kebenaran atau rakyat yang gelojoh.Bukan semua penawar yang mereka tawarkan adalah ubat buat anda.Biasanya mereka akan menawarkan racun,buat hukuman dan amaran tarikh luput kepada boneka-boneka mereka;para pemimpin anda yang korup dan anda sendiri;para rakyat yang bodoh dan gelojoh.




























FIKIRKAN SEMULA.



P A N I C



Untuk mencapai kehendaknya,The Hidden Hand seringkali mengubah strateginya.Setiap strategi merupakan senjata yang digunakan mengikut situasi tertentu.Bukan semua senjata boleh dipadankan dengan satu-satu situasi atau pelan yang dirancang.Setiap senjata mempunyai kelebihan tertentu dan begitu berkesan jika digunakan dalam situasi tertentu.Ada senjata yang tidak sesuai digunakan,ada pula senjata apabila digunakan,akan memberikan impak yang besar walaupun tanpa disedari oleh manusia.

Ini adalah Jigsclue #015,di bawah codename "PANIC"

Baca dengan teliti



-M.O



 

"P A N I C"


Salah satu instrumen mindcontrol yang digunakan untuk mengawal sikap manusia ialah penggunaan manipulasi ke atas emosi.Ini dilakukan dengan pengetahuan bahawa emosi manusia mampu mempengaruhi fisiologi manusia.Emosi manusia boleh dikawal dengan menggunakan satu teori dalam Neuro-Linguistic Programming iaitu 'Kuasa Keadaan'.Kuasa Keadaan adalah situasi yang akan  membuahkan tindakan atau kesan dari seseorang atau sekumpulan manusia.Penggunaan situasi ini untuk mewujudkan kesan kepada emosi manusia,kerana manusia seringkali bertindak berdasarkan emosi mereka.Emosi juga mampu mengubah fisiologi manusia.Orang yang asyik bersedih dan murung lama kelamaan akan kurus kering.Orang yang hatinya riang gembira kebiasaannya meningkat berat badannya.Wajah orang yang bersedih,cara dia berjalan juga berbeza berbanding orang yang senang hati.

Terdapat satu kisah popular berkenaan satu adat resam 'menunjukkan tulang' oleh para dukun satu puak aborigine Australia.Jampi serapah dukun ini amat kuat dan apabila mereka mengenakan tulang sakti pada mangsa,maka tiba-tiba mangsa akan mengalami pengalaman yang dasyat.Orang itu yang menyedari bahawa dirinya telah tersihir akan mengalami kesakitan yang teramat sangat walaupun tiada sesiapa yang memukulnya.Wajahnya akan dikeriut-keriutkan seolah-olah dalam kesakitan dan kemudian dia akan mengerang-ngerang.Mulutnya akan mengeluarkan buih secara tiba-tiba.Kakinya menendang-nendang ke sana ke mari dan kemudian dia mati.

Sebenarnya tiada apa pun yang menyerang orang itu dan para dukun itu tidak melakukan apa-apa selain menunjukkan 'tulang sakti' itu.Inilah kuasa kepercayaan dan emosi yang digunakan oleh para dukun itu untuk menimpakan 'sihir' ke atas mangsa.Kuasa kepercayaan itu amat kuat kepada kaum itu iaitu siapa yang terkena 'tulang sakti' itu maka mangsa akan mati tidak berapa lama kemudian.Namun apabila sekumpulan pengkaji mengenakan tubuh mereka dengan tulang itu,ternyata mereka tidak mengalami apa-apa setelah beberapa hari.

Kuasa Keadaan pula bertindak dengan cara yang sama seperti Kuasa Kepercayaan,mempengaruhi emosi dan akhirnya fisiologi.Bayangkan situasi dimana seorang isteri sedang menunggu suaminya pulang pada waktu malam.Jika si isteri memikirkan bahawa suaminya sedang bersama-sama perempuan lain,sudah tentu apabila suaminya pulang,dia akan menyambut dengan perasaan marah dan setidak-tidaknya dingin.Jika dia memikirkan suaminya mungkin lewat kerana terlibat dalam kemalangan atau terpaksa bekerja lebih masa untuk kebahagian rumahtangga,sudah tentu cara dia akan menyambut suaminya pulang akan jadi berbeza.Inilah penjelasan ringkas tentang Kuasa Keadaan yang mempengaruhi emosi seseorang.

Untuk mengawal sekelompok manusia,The Hidden Hand perlu memikirkan satu cara bagaimana mempengaruhi mangsa-mangsanya supaya berkelakuan seperti yang diharap-harapkannya.Mengawal sekelompok manusia dalam jumlah yang besar bukan kerja yang mudah.The Hidden Hand memikirkan apakah formula untuk membuatkan mereka bertindak SAMA SEPERTI APA YANG THE HIDDEN HAND FIKIRKAN.


Katakan jika saya dikejar anjing,saya akan lari.Begitu juga jika saya lepaskan anjing kepada orang lain,orang lain akan lari.Ini adalah rumus mudah untuk menjalankan satu daripada senjata mindcontrol besar-besaran The Hidden Hand (massive mindcontrol method).Senjata ini mengandungi lima huruf:
P A N I C.

Kita boleh bayangkan apa yang berlaku kepada seseorang yang berada dalam keadaan panik.Dia akan berada dalam emosi yang tidak stabil dan mudah bertindak tanpa berfikir dengan mendalam.TIDAK BERFIKIR DENGAN MENDALAM adalah katakuncinya.Apabila seseorang itu tidak berfikir dengan mendalam,maka ini adalah bola tanggung yang tidak mungkin untuk dilepaskan;paksa dia mengikut cara kita.Inilah antara teknik yang digunakan oleh para penjual untuk meyakinkan para pembeli supaya membeli produk mereka.Penjual akan menceritakan situasi yang mencetuskan kebimbangan dan rasa kurang senang.Apabila pembeli bertanya adakah ada cara untuk mengatasi masalah itu,maka inilah masanya si penjual menjual produknya.

THE HIDDEN HAND MENJUAL PRODUKNYA KETIKA SEMUA ORANG DALAM KEADAAN PANIK.

The Hidden Hand mempunyai satu strategi untuk membolehkan ia menggunakan senjata PANIK ini.Ia dipanggil kaedah PROBLEM-REACTION-SOLUTION.Ia terkandung dalam satu prinsip asas gerakan Freemason:Ordo Ab Chao.Seperti yang diterangkan sebelum ini,The Hidden Hand akan mencipta situasi atau masalah,kemudian apabila orang ramai sudah mengalami masalah,The Hidden Hand akan menawarkan bantuan atau penyelesaian.Dan KEHENDAK The Hidden Hand akan diselitkan bersama-sama penyelesian tadi.Namun ketika orang ramai menghadapi masalah,kadangkala kesannya amat lambat atau kemungkinan orang ramai akan merasa ragu-ragu untuk menerima penyelesaian dari The Hidden Hand.Adakah The Hidden Hand perlu menunggu lama?TIDAK SAMA SEKALI.Bagaimana?

THE HIDDEN HAND AKAN MENGGUNAKAN SENJATA PANIK UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PENERIMAAN.

Nyalakan api panik di sana sini dan anda akan lihat betapa ramai manusia akan terpaksa melutut di kaki anda.Sebab apa?Kerana P A N I C.Kerana apa?KERANA MEREKA TIDAK PUNYA PILIHAN.Sebab apa mereka tidak mempunyai pilihan?

SEBAB MEREKA TIDAK BERFIKIR DENGAN MENDALAM.

Ini adalah katakunci yang penting untuk memahami mengapa senjata panik perlu digunakan.Paksa mereka BERADA DALAM SATU KEADAAN di mana mereka tidak mampu berfikir dengan mendalam.Ini adalah aplikasi KUASA KEADAAN yang digunakan dalam Neuro-Linguistic Programming dan teori-teori motivasi minda manusia yang lain.Dan ini menunjukkan bahawa minda,emosi dan tubuh manusia punya hubungan misteri antara satu sama lain.Inilah yang telah dikaji di satu makmal rahsia di Long Island,Area 51,Montauk dan lain-lain lokasi terutamanya hospital-hospital mental tajaan inteligen Amerika dan NWO.Mari kita lihat beberapa kajian kes.

 
911

911 adalah nombor untuk bantuan kecemasan di Amerika.Apakah yang dimaksudkan dengan 'bantuan kecemasan'.Ia ada kaitan dengan panik.Bila anda panik anda akan cemas.Bila anda cemas anda akan panik.Adakah ia bermaksud setakat itu?TIDAK SAMA SEKALI.Apabila satu tarikh dipilih dalam satu mesyuarat rahsia The Elite untuk satu upacara 'sacrifice' bagi projek "Menentang Keganasan",tarikh 11 September adalah bukan kebetulan.Ia melambangkan panik dan kecemasan,dan ini adalah 'trigger' untuk rakyat Amerika.Apakah 'trigger'?Ia adalah perbuatan,kata-kata atau perlambangan yang akan menarik kembali satu keadaan istimewa atau memori kepada mangsa mindcontrol.Pernah tonton 'The Manchurian Candidate'?Lihat adegan dimana kata-kata khas dibisikkan kepada mangsa mindcontrol supaya mereka bertindak mengikut arahan 'programmer'.Itulah yang dipanggil 'trigger'.

Apabila WTC runtuh,kononnya serangan pengganas,rakyat Amerika berada dalam keadaan cemas dan marah.Ketika inilah presiden Amerika melancarkan projeknya "Perang Menentang Keganasan".Adakah rakyat Amerika serta-merta menyokong?Tidak semuanya kerana mereka masih berada dalam keadaan trauma.Mereka akan membiarkan kerajaan berbuat apa sahaja namun apakah ini akan berkekalan?Presiden perlukan PENGUKUH untuk menetapkan emosi P A N I C.Bagaimana?

DENGAN SIMBOLISME PANIK,911.

Media AMerika sebagai satu instrumen paling penting NWO menyiarkan berkali-kali tulisan 911 dan gambar-gambar cemas rakyat Amerika yang terlibat dalam tragedi.Ini membantu sebagai memori atau pengukuh yang popular untuk mengenangkan tragedi itu.Adakah ia kebetulan?Tidak,ia bukan kebetulan.Kini pelbagai ceramah,kajian dan penerangan dilakukan pelbagai pakar dari pelbagai pihak malah dari Amerika sendiri bahawa tragedi 11 September adalah sesuatu yang 'dirancang'.Mengapa menggunakan 'trigger'?Untuk mengelakkan piket besar-besaran seperti yang berlaku ketika era Perang Vietnam-Amerika.Pada masa yang sama,masyarakat antarabangsa juga terpaksa merestui tindakan Amerika dan membantu menyebarkan imej 'Islamophobia' iaitu KEHENDAK The Hidden Hand.

Cetuskan panik dan rakyat Amerika akan tunduk di kaki anda.


Kegawatan Ekonomi

Senjata ekonomi adalah antara senjata yang amat digemari oleh The Hidden Hand.Dengan mengawal ekonomi dan nilai dolar,The Hidden Hand telah memegang senjata pemusnah besar-besaran yang hebat.Pelbagai cara digunakan untuk melancarkan 'peluru berpandu ekonomi'.Antara menggunakan kaedah spekulator.Ini benar ketika kegawatan ekonomi Asia 1997 dahulu.Kemudian 'economic crash' sehingga bank seperti Lehman Brothers terpaksa gulung tikar.Sistem pinjaman dan kredit konvensional sememangnya direka untuk mencetuskan tahap 'crash' ini.Graf ekonomi akan merudum apabila mencapai titik genting.Titik-titik genting ini bukanlah kebetulan namun dirancang dengan menggerakkan pelbagai kaedah dan jentera supaya ekonomi semasa mencapai titik genting ini.Ia boleh dikawal dan jangka masanya juga boleh diselaraskan.Mereka boleh memiskinkan anda bila-bila masa sahaja.

Bagaimana menggunakan ekonomi sebagai senjata?Cetuskan panik melaluinya.Manusia sering menjadi panik akibat kejatuhan ekonomi.Duit belanja sekolah anak-anak,makan minum,hutang dan sebagainya menjadi persoalan yang menjerat ketika bom ekonomi meledak.Orang ramai akan menjadi panik akibat masalah ekonomi yang menghimpit hidup.Sebarkan dalam media,pada bulan tertentu,ekonomi akan merudum.Kemudian mereka akan datang membawa penyelesaian ekonomi.IMF,Bank Dunia dan along-along antarabangsa akan menghulurkan kemudahan kredit.Apabila kita menerima,maka kita akan dijerat ke dalam perangkap seterusnya.Menjadi hamba turutan kepada si peminjam.


 
Perang

Telah disebutkan sebelum ini,bahawa teknik Ordo Ab Chao banyak digunakan dalam peperangan,yang paling terkenal ialah WW1 dan WW2.Namun peranan yang acapkali dimainkan di dalam perang adalah TRAUMA bukan PANIK.Namun panik digunakan untuk melancarkan perang tersebut.Ketika kuasa Jerman mula menjadi maju,Perancis dan England mula merasa panik dengan kuasa tentera Jerman dan setelah dihasut oleh ejen-ejen Illuminati,kedua-dua negara ini bersetuju melancarkan perang.Perkara yang dibangkitkan ialah,lambat laun Jerman akan menjajah Eropah.Namun peperangan yang dilancarkan sebenarnya bukan mencantas Jerman malah membantu Jerman kemudiannya benar-benar menjajah sebahagian Eropah.

Di dalam perang,perasaan panik mudah untuk dimainkan.Kehilangan tempat tinggal dan yang paling penting,orang yang tersayang adalah ramuan panik yang akan dicanangkan dalam kempen peperangan.Kuasa tentera kerap menimbulkan panik.Apabila satu-satu teknologi ketenteraan dibangunkan contohnya loji nuklear,wabak panik mula muncul.

NAMUN SEHINGGA KINI THE HIDDEN HAND BELUM LAGI MENGUJI SENJATA PANIKNYA MELALUI PEPERANGAN SECARA TERBUKA.


Wabak Penyakit

Ini adalah taktik antara yang paling berkesan untuk menyelitkan senjata panik.Hebahkan pada orang ramai bahawa wabak penyakit sedang menular dan anda akan lihat betapa paniknya mereka!Harga penapis udara yang dipakai dimulut yang pada asalnya murah berubah menjadi mahal dan anehnya,orang ramai tetap membeli walaupun pada harga tidak munasabah.Manusia sering memikirkan tahap kesihatannya dan takut mati.TAKUT MATI adalah ramuan panik paling mujarab dalam program penyebaran wabak penyakit ini.Virus-virus dicipta untuk menyebarkan wabak,dan apabila orang ramai panik dan bertanyakan vaksin,mereka akan keluarkan vaksinnya.Sama ada setiap vaksin mengandungi nanorobot atau bahan-bahan haram,orang ramai biasanya kurang memerhatikannya dan membiarkan vaksin tadi disuntik ke dalam tubuh.

Hasilnya mereka akan menjadi 'tentera-tentera Dajjal' atau 'goyyim' tanpa disedari.






Kesimpulan

Semua ini dilakukan bagi tujuan mindcontrol,mengawal tindakan orang ramai melalui emosi mereka.Mainkan emosi mereka,dan anda akan dapat membuatkan mereka kurang fokus dalam berfikir.Kurang fokus,anda akan mudah memujuk mereka.Orang yang mudah dipujuk adalah 'material mindcontrol' yang anda boleh kuasai tindakan mereka.The Hidden Hand tidak boleh memaksa orang ramai mengikut telunjuknya secara paksa.Kaedah lain seperti menyumbatkan ideologi atau mengadakan Thesis dan AntiThesis memakan waktu yang cukup lama dan berisiko tinggi.Namun cara ini amat berkesan dan bertindak pada masa yang cukup tepat.

The Hidden Hand boleh menguasai pelbagai paksi politik,ketenteraan dan industri,namun semua ini akan menjadi sia-sia sahaja jika dia tidak tahu menggunakannya.Mungkin orang ramai dapat dikhayalkan mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh The Hidden Hand namun mereka tidak semudah mengikut tarian yang ditunjukkan.Jadi bagaimana untuk membuatkan mereka menari mengikut telunjuk tanpa rasa was-was?










P A N I C















FIKIRKAN SEMULA

One World Government




Untuk menyatukan penduduk dunia ke arah kehendak The AntiChrist,Raja Yahudi Yang Ditunggu-tunggu,satu strategi khas perlu dilakukan supaya tiada sesiapa yang dapat merintangi rancangan The AntiChrist.Semua manusia perlu tunduk ke arah satu order yang dapat dikawal sepenuhnya.Semua manusia perlu patuh dan taat secara sedar atau bawah sedar,langsung atau tidak langsung kepada kehendak The AntiChrist.Semua ini perlu dilakukan,supaya bola bumi berjaya digenggam oleh The AntiChrist dan Tuhan dapat dikalahkan sepenuhnya.


Ini adalah Jigsclue #014 dibawah codename "One World Government"


'Perhatikan' baik-baik.




-M.O










"One World Government"







Dunia sudah hampir sampai ke penghabisannya.Mahu percaya atau tidak,bumi pasti akan musnah.Sama ada anda sekular pekat yang membenci nasihat agama atau anda kaki masjid yang tegar,akhir bagi segala cerita sudah semakin hampir kini.Semua kebanggaan dunia akan musnah dan hancur lebur sehancur-hancurnya.Tanda-tandanya sudah berjalan dan sedang berjalan,sesuai dengan apa yang dijadualkan.Bagaimana kita tahu tentang perkara ini?

Selain tanda-tanda yang telah dikhabarkan di dalam AlQuran dan Hadis Nabi,terdapat tanda-tanda lain yang dapat kita kesan,menunjukkan bahawa dunia sudah hampir kiamat!Apakah tanda-tanda itu?

Sedar tidak sedar,para Elit The Hidden Hand semakin terdesak mengatur rancangan berusaha untuk menguasai dunia sebelum tibanya 'End Game'.JIka terlambat maka sudah tentu mereka gagal dalam misi untuk mengalahkan Allah,Tuhan yang dikatakan merampas kuasa dari Lucifer.Jika mereka berjaya sebelum ketibaan EndGame,maka mereka berjaya merebut kuasa memerintah bumi dan mengembalikan kuasa Lucifer untuk memerintah alam semesta.Semua perancangan dilakukan dengan mengira tarikh-tarikh tertentu,pergerakan bintang-bintang dan planet,nombor-nombor keramat dan ramalan-ramalan sihir.Iblis telah mengajarkan kepada para Elit ini supaya percaya kepadanya dan jika mereka berjaya menawan bumi dan berjaya mempengaruhi seluruh umat manusia supaya mengikut mereka,Allah pasti akan dikalahkan dan terpaksa menyerahkan kuasa-Nya kepada Iblis (Lucifer).Tuhan Lucifer pasti akan mengurniakan kekayaan dan hidup kekal abadi kepada para Elit.

Para Elit ini kini menguasai pelbagai industri dari pembuatan makanan hinggalah kepada pembuatan jentera berat.Media,pendidikan,hiburan dan telekomunikasi juga dikuasai oleh mereka.Namun ini adalah asas kepada usaha mereka untuk menguasai dunia.Ketika para goyyim (manusia biasa yang tidak tahu apa-apa atau tidak mahu ambil tahu) hidup dalam dunia mereka sendiri,ada sekelompok manusia yang benar-benar merancang untuk menguasai dunia.Mereka merancang satu demi satu pelbagai strategi untuk menguasai dunia secara perlahan-lahan.

'One World Government'(OWG) adalah istilah yang merujuk satu sub-operasi mereka yang terpenting di bawah 'New World Order'.SEbelum mewujudkan OWG,terlebih dahulu perlu untuk mewujudkan TIGA paksi terbesar yang akan mendokong cita-cita OWG.

1-Kuasa Tentera
2-Kuasa Ekonomi
3-Kuasa Politik


Kuasa Tentera boleh berkait rapat dengan politik namun tidak semua tujuan politik boleh dibereskan dengan kuasa tentera.Adakalanya cara kekerasan tidak perlu,jadi strategi politik boleh dimanipulasi untuk tujuan menguasai sesuatu negara.Kuasa Ekonomi merangkumi semua jentera ekonomi,empayar industri dan koridor-koridornya.Media,pembuatan,perkhidmatan dan pemasaran berserta nilai-nilai komersilnya adalah termasuk dalam aktiviti ekonomi.Bank,pasaran saham dan naik turun harga komoditi juga adalah paksi Kuasa Ekonomi.Jadi tiga Kuasa ini perlu dikuasai sebelum benar-benar mampu mewujudkan apa yang dinamakan 'One World Government'.



Jika dahulu imperialisme menggunakan Kuasa Tentera,namun pada hari ini imperialisme masuk melalui caranya yang lain;siasah politik.Strategi pertama pada masa dahulu selepas imperialisme melalui Kuasa Tentera ialah cuba menempatkan seberapa banyak boneka yang mampu meneruskan idea politik The Hidden Hand.Sebab itu selepas imperialisme,HUKUM ALLAH YANG TERANG-TERANG TERMAKTUB DI DALAM ALQURAN tidak popular di kalangan nasionalisme untuk digubal sebagai undang-undang negara.Jangan cakap negara-negara Arab,di sini,di negara kita juga,Hukum Allah Azza Wa Jalla bagaikan tisu tandas yang dilapkan dipunggung kemudian dicampakkan ke tong sampah.Amat beratlah tanggungjawab seorang pemimpin sesebuah negara itu di akhirat kelak,nanti dia akan ditanya satu-persatu,sehelai demi sehelai,apakah yang menghalang dia dari berusaha menegakkan Hukum Allah di dalam AlQuran.Bukan sahaja pemimpin,malah rakyat juga,APAKAH ADA USAHA WALAUPUN SEDIKIT,UNTUK MEMASTIKAN HUKUM ALLAH BERDAULAT DI ATAS MUKA BUMI.

Strategi The Hidden Hand ialah,jika sesebuah negara dihalang untuk menjalankan Hukum Allah,maka amat senang bagi mereka untuk memasang (install) ideologi-ideologi sekularisme dan gaya hidup hippies yang gemar berhibur 24 jam.Setiap negara (Islam terutamanya) akan dipaksa mengikut 'standard' yang digunapakai oleh mereka.Sesiapa yang cuba untuk 'reinstall' kembali Hukum Allah ke dalam sistem perundangan,maka akan diganggu dan diancam.Pemimpinnya akan dipanggil untuk diadakan perbincangan tertutup.Di dalam perbincangan itu (selalunya diiklankan sebagai 'dialog' atau 'lawatan'),pemimpin yang disyaki cuba untuk melaksanakan Hukum Allah akan diberi kata dua.

Sesebuah negara akan disumbatkan dengan ejen-ejen The Hidden Hand untuk melaporkan suasana politik atau sosial kepada proksi-proksi The Antichrist.Dalam kes ini yang paling terkenal ialah 'ejen CIA'.Mereka amat bijak dan berperawakan menarik.Mereka adakalanya amat fasih bercakap dalam bahasa tempatan (mereka terpaksa belajar).Namun amat bagus jika ejen-ejen ini di kalangan rakyat tempatan.'Ejen CIA' dikalangan rakyat tempatan adalah manusia yang amat tidak boleh dipercayai.Mereka telah ditawarkan habuan yang amat banyak,dan jika apa-apa terjadi kepada mereka atau rahsia mereka terbongkar,maka mereka akan disokong untuk lari keluar negara.Apabila negara musnah akibat perbuatannya,maka dia akan angkat kaki segera dengan disediakan tempat tinggal dan elaun sara hidup di luar negara.Dia tidak peduli apakah anak bangsa atau agamanya akan dikeroyok oleh musuh-musuh mereka.Yang penting ialah perut dan nafsunya semata-mata.Ini adalah modus operandi biasa The Hidden Hand ke atas ejen-ejennya.Jika ejen-ejen ini mampu menyelinap ke dalam pentadbiran negara sebagai salah satu pemimpin,MAKA INI ADALAH BONUS BESAR bagi proksi-proksi The Elite yang menjadi hamba kepada The Hidden Hand.Ejen ini akan disokong dan dibantu bagi menjayakan cita-cita politik mereka.Kejayaan politik mereka adalah kejayaan politik bagi The Hidden Hand.

Satu lagi strategi The Hidden Hand ialah setiap pemimpin negara mesti menghantar anak-anak mereka untuk belajar di luar negara bagi memastikan mereka didoktrinkan secara senyap sebagai boneka mereka.Tanya diri sendiri,berapa kerat pemimpin negara yang menghantar anak-anak mereka belajar di Maahad Tahfiz atau belajar perundangan Islam?Anak-anak pemimpin negara dipastikan supaya mengikut gaya hidup Barat,mengabaikan solat lima waktu dan bersosial sehabis-habisnya.Arak adalah minuman kelas pertama yang harus dihidangkan kepada mereka.Biarlah mereka menghirup keenakkan air kencing syaitan itu supaya mereka mampu didoktrin menjadi tentera-tentera syaitan melawan kekuasaan Allah Azza Wa Jalla.Akhirnya apabila bapa mereka berundur,mereka pula akan mewarisi karakter bapa mereka tanpa mahu disuruh-suruh lagi.Ini adalah PUTARAN GANAS sistem karakter Dajjal The Antichrist ke atas hegemoni bonekanya supaya Hukum Allah kekal tidak mampu dilaksanakan oleh manusia di Bumi.Sukar untuk keluar dari Putaran Ganas Sistem boneka Dajjal ini,kecuali yang terpilih mendapat hidayah Allah,namun ramai di antara mereka memilih untuk hidup di dalam Putaran Ganas Sistem supaya mampu memenuhkan ken nafsu selagi hidup di dunia walaupun di akhirat untung nasib mereka benar-benar berisiko tinggi.








Salah satu instrument yang amat penting bagi The Hidden Hand ialah media.Televisyen adalah perkakasnya yang sudah teruji kehebatannya sebagai alat 'mindcontol' paling hebat sepanjang zaman.Setiap rumah tidak boleh tidak pasti ada perkakas 'mata' Dajal ini.Tahukah anda,di samping propaganda-propaganda sedar yang ditayangkan di televisyen,sebenarnya terdapat gelombang-gelombang bawah sedar yang turut dipancarkan sama ketika menonton televisyen.Frekuensi gelombang televisyen disetkan pada kadar tertentu supaya mampu menghantar mesej bawah sedar ke dalam minda manusia.Apabila sekelompok manusia menonton televisyen setiap hari,maka mereka telah di'brainwash' berkali-kali.Namun ini memakan masa panjang.Inilah sebab mengapa semakin lama semakin degil manusia-manusia goyyim ini mahu menerima Hukum Tuhan sebagai undang-undang yang mengawal dan melindungi manusia.Satu 'clue' dalam program 'mindcontrol' melalui televisyen ialah dalam filem Batman Forever di mana watak The Riddler lakonan Jim Carrey dalam satu adegannya telah mencipta satu alat seakan televisyen yang digunakan untuk mengawal minda manusia dan menyedut 'IQ' mereka.Ini adalah pembayangnya,di mana sebenarnya ia benar-benar berlaku di Amerika.Eksperimen telah dijalankan di Amerika lewat Perang Dunia Kedua,di mana sebelum frekuensi televisyen benar-benar dapat ditetapkan,para saintis mereka telah pun menemui bahawa jika sesuatu mesej disampaikan pada frekuensi yang bersamaan dengan frekuensi minda manusia,maka maksud mesej itu mampu dicerna kedalam fikiran!Terdapat satu eksperimen rahsia dimana frekuensi telah dipancarkan ke satu bandar dengan mesej-mesej pembunuhan.Akibatnya statistik pembunuhan telah meningkat dengan drastik.Namun cara kawalan minda secara frekuensi ini tidak mampu mempengaruhi orang-orang yang berzikir mengingati Allah kerana Allah melindungi orang yang selalu mengingatinya.


Firman Allah:

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.(Ar Ra’du:28)


Mengawal negara-negara melalui boneka atau proksi-proksi mereka adalah sudah semestinya,namun dengan gaya baru yang lebih maju.Meletakkan boneka setelah melanggar sesebuah negara tidak lagi menjadi pilihan kecuali beberapa kes tertentu seperti di Afghanistan dan Iraq.Ini kerana kedua-dua negara itu terletak dalam wilayah 'Khurasan' yang diramalkan di dalam hadis-hadis nabi.Ini wilayah 'blacklist' yang MESTI dikawal kerana pergerakan Mujadid agung diramalkan dikesan akan bergerak di sini.Jadi pelu untuk mengawal wilayah panas ini,supaya jika pergerakan Tentera Panji Hitam kononnya akan melalui wilayah ini,mereka dengan segera akan mampu dicantas pergerakannya dengan menghantar 'air-strike' atau peluru berpandu.Jadi kedua-dua negara itu perlu diletakkan segera boneka-boneka supaya tidak akan membantu pergerakan pejuang akhir zaman.Namun negara-negara lain  seperti Arab Saudi misalnya,para pemimpin mereka ditaburkan kemewahan dan gaya hidup berfoya-foya supaya mampu menari mengikut rentak The Hidden Hand.Semua negara-negara Arab dididik supaya bersikap nafsi-nafsi supaya tidak mencampuri urusan negara-negara Islam lain terutamanya sekitar mereka yang ada masalah dengan Israel.INI SEMUA ADALAH SEBAHAGIAN PROGRAM MINDCONTROL tajaan Amerika-Israel terhadap pemimpin-pemimpin Arab yang dungu.




Syarikat Konsultan


Untuk memastikan bahawa program OWG berkesan dan berjalan lebih lancar,kini The Hidden Hand telah bergerak lebih efektif dengan menubuhkan syarikat-syarikat konsultan dalam perencanaan pentadbiran,sistem elektronik atau ekonomi.Syarikat-syarikat konsultan ini bertindak sebagai penasihat kepada pemimpin-pemimpin negara-negara yang menggunakan khidmat mereka.Dalam bidang ekonomi misalnya,badan-badan ekonomi seperti Bank Dunia dan IMF adalah instrumen Dajjal bagi memaksa ekonomi dunia mengikut telunjuk mereka.Semua ini adalah anak-cucu kepada Federal Reserve yang amat-amat berjaya di Amerika.Federal Reserve bukanlah badan ekonomi milik kerajaan Amerika,TETAPI KEPUNYAAN PENCACAI DAJJAL THE ANTICHRIST PALING DISAYANGI iaitu The House of Rothschild.Semua polisi kewangan Amerika dan matawang Dollar Amerika adalah di bawah telunjuk Rothschild.

"Biar aku keluar dan menguasai wang negara-negara dan aku tidak memperdulikan siapa sahaja yang menulis undang-undangnya" - Mayer Amschel Rothschild


"Ajar rakyat Amerika yang angkuh itu dan jajah mereka semula." - Nathan Mayer Rothschild
 


Kini rakyat Amerika diperhambakan melalui ekonomi.Kita lihat dari segi zahirnya mereka banyak duit dan mewah namun kekayaan mereka itu adalah kosong dan ditentukan oleh The Hidden Hand.Kekayaan mereka hanyalah disandarkan kepada kertas-kertas dolar yang tidak bernilai.Apabila aliran ekonomi mengalami 'crash',merekalah yang terlebih dahulu menerima tempiasnya berbanding Pak Kassim yang menanam ubi keledek di belakang rumah.Simpanan mereka beribu-ribu di bank,namun apabila pasaran saham bertukar negatif,simpanan mereka bukan sahaja habis malah menjadi teramat negatif pula,menjana hutang berjuta-juta!



SEbab itu gaya hidup mereka,apabila mewah teramat mewah,namun sekali jatuh,mereka akan jatuh sejatuh-jatuhnya kerana sistem kewangan atau ekonomi tajaan Dajal bersifat tidak stabil dan sememangnya dirancang sebegitu.Mengapa?Kerana mudah mereka untuk menjalankan strategi P A N I C dan 'Ordo Ab Chao'.

Bayangkan semua urusan perbankan dan ekonomi kita dikawal oleh satu syarikat swasta.Inilah yang berlaku di Amerika dan Eropah.

Bagaimana pula dengan bidang-bidang yang lain?Sistem data atau rangkaian juga telah diserahkan kepada syarikat-syarkat konsultan dari Israel-Amerika.Anda pernah dengar tentang sistem maklumat yang digunakan dalam institusi keselamatan negara ini,telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Israel?Jadi tujuannya adalah untuk menyimpan maklumat rakyat negara ini bagi kegunaan PENGECAMAN.Ramalan dari AlQuran dan Hadis semakin lama semakin terbukti,dan The Hidden Hand semakin terdesak untuk menyumbatkan segala strateginya di sini dan lain-lain kawasan di dunia sebelum mentari muncul di ufuk barat.

Bagaimana dengan dana kempen sesuatu parti politik?Pentadbiran Malaysia pernah meminta dana kempen politik dari sumber Amerika-Israel yang dirahsiakan walaupun surat mengenainya kononnya tersebar.Amerika sebenarnya telah lama membiayai kempen-kempen politik para bonekanya di Timur Tengah dan Pakistan.Amerika juga membiayai satu pertubuhan yang bergerak untuk menjaga demokrasi ala Amerika tetap tertegak di Bumi.Bagaimana dengan sebuah parti politik pecahan UMNO,yang juga mendapat bantuan The Hidden Hand?




Timur Tengah dan Pakistan adalah medan permainan yang membosankan bagi Amerika dan Israel.Semua misi-misi OWG telah berjaya walaupun mereka hanya bermain sebelah mata sahaja.Kini perhatian tertumpu kepada rantau sebelah sini.Negara-negara majoriti Islam di Asia Tenggara perlu ditundukkan supaya mematuhi ibupejabat OWG.Kaji apakah yang dibisikkan kepada Gus Dur (Allahyarham) oleh proksi-proksi Dajjal ketika beliau naik memerintah Indonesia satu ketika dahulu.Gus Dur adalah pemimpin kepada sebuah organasasi Islam yang besar dan adalah penting untuk mengawal beliau.Maka keluarlah kempen Islam Liberal antara yang terbesar dalam sejarah Indonesia sepanjang pemerintahannya.Bagaimana dengan 1Indonesia?

Mari kita lihat permainan catur The Hidden Hand di sini.Parti pemerintah telah dibiayai oleh satu entiti luar yang ada kaitan dengan Israel-Amerika.Sudah sekian lama kempen-kempen politik ditaja mereka secara senyap.Namun kini,sebuah parti politik pecahan parti pemerintah juga mendapat pembiayaan The Hidden Hand.Kedua-duanya adalah proksi mereka walaupun pada zahirnya bertentangan.Sebab itu pemimpin parti pecahan itu tahu tentang APCO,kerana ia adalah permainan parti pemerintah sekian lama.Mengapa ini terjadi dan apakah permainan The Hidden Hand kali ini?

SEMUANYA ADALAH UNTUK MENJALANKAN 'DIVIDE AND RULE' KE ATAS UNDI UMAT ISLAM KHASNYA MELAYU.
Hanya satu jalan untuk menguasai tampuk pemerintahan Malaysia yang majoritinya Melayu Islam.PECAHKAN UNDI MEREKA!

Setiap misi mereka,akan dibayar oleh bos-bos mereka.Namun adakalanya semua ini bukan lahir dari dalam hati mereka tetapi setelah diugut dan ditawarkan pelbagai janji dan kekayaan,maka iman pun terjelepuk di tapak kaki proksi The Antichrist.

Penubuhan parti baru dari pecahan parti pemerintah adalah taktik untuk menubuhkan vakum bahaya untuk satu parti berorientasikan agama.Kini parti ini tersepit di celah-celah Melayu Sekular dan 'Racist-Socialist'.Perjuangan suci mereka terperangkap dalam vakum politik yang disediakan khas untuk mereka.Ini akan mengelirukan para pemimpin dan penyokong mereka.

Jadi kedua-duanya adalah rancangan proksi The Hidden Hand untuk mewujudkan pelan 'One World Government' bagi negara ini,sepertimana pelan asal 1Israel.Jadi kini para Sekular tidak lagi berdepan dengan topik paling membahayakan dalam pertempuran kerajaan-pembangkang;AGAMA.Kini para Sekular hanya berdepan dengan bayang-bayang Sekular yang memayungi golongan Rasis-Sosialis dan Agama.Para Sekular hanya bermain tahi dan lumpur sendiri.Kes yang paling terkenal adalah kisah Zahid Ibrahim.Kisah beliau dengan araknya adalah mukaddimah kepada amalan hidup para Elit Melayu yang menjadi 'ruling class' Malaysia.

Setiap negara akan memakai khidmat proksi-proksi Dajjal untuk mewujudkan sub-sub OWG di negara masing-masing.Khidmat nasihat dan pembiayaan diberikan,asalkan negara-negara dunia mengikut arahan mereka.INI ADALAH IMPERIALISME ORDER BARU.Kemudian setiap negara ada konsep 1Negara.Contohnya 1Amerika,1Thailand,1Indonesia,1Israel,1Malaysia....

Semuanya mengikut telunjuk si 'Mata Satu' 1Seeing-Eyes...       





1World Government. 












 FIKIRKAN SEMULA

Jigsclue #013



Di antara sekian banyak strategi The Hidden Hand,terdapat satu strategi yang mencapai tahap 'cult' dalam sejarah konspirasi The Elite.Ia boleh diletakkan setaraf dengan 'Thesis & Antithesis' malah lebih lagi dan boleh juga dikatakan Thesis & Antithesis itu adalah sebahagian atau subplot dalam strategi ini.


Ini adalah jigsclue #013 di bawah codename "Ordo Ab Chao"

'Dengar' baik-baik



-M.O




Ordo Ab Chao




"Chaos was required and so chaos was created"



Dalam Teori Kawalan Realiti,terdapat satu bab yang dinamakan Manipulasi dan Pembohongan (Manipulation & Deception).Di bawah tajuk ini,dinyatakan manipulasi terhadap satu subjek boleh dilakukan dengan mengadakan satu situasi olok-olok,di mana kesan dari situasi buatan ini akan digunakan untuk tujuan manipulasi seterusnya.Situasi buatan ini dirancang bagi mendapatkan kesan tertentu,dan dari kesan tertentu itu,strategi yang lain akan dirancang pula bagi menanganinya dan membuatkan ia berpihak kepada pihak yang mencipta situasi tadi.

Situasi yang diciptakan itu berdasarkan kajian mengenai subjek yang disasarkan terlebih dahulu.Kajian akan dibuat berdasarkan situasi sejarah,antropologi,sosio-budaya,politik,sensitiviti dan sifat-sifat atau tabiat kemanusiaan.Daripada data-data kajian itu,keputusan akan dibuat untuk memilih situasi yang bagaimanakah akan direka untuk mengeksploitasikan sesuatu subjek itu bagi menghalakan kesan itu kepada objektif yang diharapkan.Kita akan lihat satu contoh mudah dan kemudian kita akan belajar kajian kes dalam realiti sebenar dalam sejarah dunia.

Katakan dalam satu bilik itu ada 4 orang budak nakal.Budak nakal ini memang sukar untuk mendengar kata dan arahan.Katakan A adalah abang kepada 4 orang budak nakal ini.Dia ingin supaya adik-adiknya mengikut arahannya;iaitu keluar dari bilik kerana dia ingin mengemas bilik itu.A cuba memarahi adik-adiknya,namun kata-katanya bak mencurah air di daun keladi.A juga membawa rotan sebagai ugutan kepada mereka,namun semakin diancam,semakin menjadi-jadi kenakalan mereka.Jadi,ini membuatkan A berfikir bagaimana untuk mencapai objektifnya;iaitu supaya adik-adiknya mengikut arahannya,kemudian melaksanakan arahan seterusnya;iaitu mengeluarkan 4 orang budak tadi dari bilik.

A pun membuat kajian terperinci sifat dan tabiat adik-adiknya.A pun mengambil inisiatif untuk memasang telinga setiap perbualan mereka dan mengkaji kegemaran mereka.Selepas mengumpul maklumat,A pun berfikir dan membuat keputusan;bahawa adik-adiknya mempunyai kegemaran suka makan ayam goreng.Kemudian A membuat perancangan untuk menggunakan maklumat tadi bagi mencapai objektifnya.

A pun berjalan menuju kepada adik-adiknya yang sedang kejar-mengejar di dalam bilik dan berkata,

"Adik nak makan ayam goreng tak?Minggu depan abang nak turun makan ayam goreng kat pekan,siapa nak ikut?emmm...sedap..."

Sudah tentu ini akan mengecurkan air liur keempat-empat budak tadi.SEmuanya mengangkat tangan berebut-rebut mahu ikut.A berkata,

"Orang yang ikut kata abang saja yang boleh ikut"

Ini adalah penggunaan psikologi,dan sudah tentu mereka berebut-rebut mendakwa merekalah yang selalu mengikut kata abang mereka.

"Kalau macam itu,abang nak adik semua keluar dari bilik ini,siapa yang keluar saja abang bagi ikut"

Ini membuatkan 4 orang budak nakal itu,keluar dari bilik itu serta-merta!


Ini contoh paling mudah.Dalam contoh yang lebih besar kita boleh mengambil contoh taktik para peniaga.Jika para peniaga menaikkan harga melalui situasi biasa,sudah tentu ini akan mengundang masalah.Jadi,untuk membiasakan orang ramai dengan kenaikan harga,mereka harus mencipta satu situasi;P A N I K.JIka senjata emosi ini pandai dimainkan,sesiapa sahaja cenderung untuk mengikut arahan.Jadi apa yang dilakukan oleh para peniaga ini ialah menyorokkan barangan tersebut.Contohnya beras.Beras akan ditahan dalam tempoh tertentu.Kekurangan beras dalam pasaran akan meningkatkan faktor permintaan dari tawaran.Jadi ini boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga.Adakah para pembeli akan bersungut?Dalam banyak kes,tidak.Ini kerana apabila sesuatu barangan itu amat diperlukan,maka mereka tidak lagi berkompromi soal harga.Mereka akan tetap membeli walaupun mahal.Ini akan mengakibatkan mereka akan memotong belanjawan untuk barangan lain bagi disesuaikan dengan harga membeli barangan yang diperlukan itu.

Di dalam Freemasonry,ini dinamakan ORDO AB CHAO.

Ordo Ab Chao bermaksud Ordo Out of Chaos;mudahnya bermaksud PEMERINTAHAN DARI KEKACAUAN.

Ia adalah BAPA KEPADA PRINSIP DIVIDE & RULE.

Kita akan menyusuri dua kajian kes sebagai contoh.

Pertamanya The Hidden Hand mahu menubuhkan sebuah pangkalannya di Timur Tengah.Pangkalan ini akan dinamakan ISRAEL.Ini objektif utamanya.Jadi,bagaimanakah untuk menjayakan cita-cita ini?Salah satunya dengan cara peperangan.Namun dari pengalaman sejarah,peperangan adalah berisiko tinggi.Mengapa?Ketika itu yang menduduki kawasan yang dirancangkan itu adalah penduduk Islam Palestin.Pengalaman sejarah menunjukkan penentangan bagi merebut kawasan ini adalah sia-sia.Perang Salib yang merentasi 7-8 ekspedisi kesemuanya gagal!Walau beribu-ribu tentera dikerahkan dari Eropah,namun berperang secara terbuka dengan orang Islam ketika ini adalah amat berisiko tinggi.Jadi The Hidden Hand mempunyai idea lain.Dia membuat satu pelan jangka panjang yang memakan beratus tahun,bagi menubuhkan Israel.Ideanya,dia mahu memecahbelahkan Eropah dalam satu peperangan.Peperangan ini akan mendatangkan kesengsaraan dan korban yang besar.Dengan kata lain,dia mahu mendatangkan MASALAH kepada Eropah.Apabila sudah bermasalah,pasti mereka mahukan PENYELESAIAN.Jadi penyelesaian akan menyebabkan mereka bersatu kembali,dan The Hidden Hand ingin mengeksploitasikan KEHENDAK kepada penyelesaian ini bagi memenuhi objektif dia.

Ini dinamakan taktik PROBLEM-REACTION-SOLUTION.



Dalam taktik ini,anda perlu mencipta masalah.Kemudian anda perlu desak atau panaskan situasi secukupnya untuk memaksa subjek bertindakbalas.Akhirnya anda perlu tawarkan penyelesaian.Di dalam penyelesaian inilah anda perlu pandai selitkan apa yang anda mahu.Jadi apabila mereka menerima penawar anda,pada masa yang sama,mereka juga mesti menerima kehendak anda.KEHENDAK ANDA MENJADI KEHENDAK MEREKA.

Jadi,apa yang The Hidden Hand lakukan?

Pertama sekali,The Hidden Hand akan memilih lokasi dan orang-orang yang akan memulakan sebab-sebab kepada peperangan.Ejen-ejennya telah melaporkan situasi politik negara-negara Eropah.Melalui maklumat ini,The Hidden Hand telah memilih Jerman sebagai pencetus peperangan.Antara sebabnya,ramai Yahudi Ashkenazi di jajahan Austria-Hungary dan ini juga bermakna rumah bagi Mason dan Illuminatus.Lainnya,monarki Jerman perlu dihapuskan kerana merekalah yang paling banyak tahu rahsia mereka.Contohnya Kerajaan Bavaria yang merampas dokumen sulit Illuminati.Di dalam sejarah,ternyata seorang negarawan terbilang,Otto Von Bismarck telah berjaya menyatupadukan seluruh Jerman dan membangunkan negara itu.Jerman menjadi maju dan bersaing dengan Perancis dan Britain.Ejen-ejen dihantar ke Perancis dan Britain bagi menimbulkan perasaan tidak puashati kepada perkembangan terbaru.Ini ditambah pula provokasi Jerman melalui angkatan tenteranya menimbulkan ancaman bagi negara-negara Eropah yang lain.Hasilnya perasaan tidak puashati ini bertukar menjadi peperangan.Inilah mukaddimah kepada Perang Dunia Pertama.




BONEKA






Jerman akhirnya kalah dalam peperangan.Negara-negara yang menang telah menetapkan beberapa syarat bagi 'menghukum' Jerman.Antaranya Jerman mesti menghadkan pasukan tenteranya.Jerman juga mesti menyerahkan Alsace-Lorraine kepada Perancis.Ekonomi Jerman dicatu mengikut syarat negara-negara yang menang.Semua ini mengakibatkan ketidakstabilan politik,ekonomi dan sosial kepada Jerman.Suasana dalam negara menjadi kacau-bilau.Ini adalah masanya The Hidden Hand meletakkan 'puppet' nya bagi menerajui Jerman.

Kini semua orang sudah mula sedar hubungan Hitler dengan Elit Yahudi,"The Bankers" Rothschild.Adolf Hitler telah disokong dalam politik sehingga dia berjaya menjadi Fuhrer.Padahal Hitler pernah dibuang sekolah kerana 'bermasalah'.Sesiapa sahaja akan diusahakan untuk naik oleh The Hidden Hand jika dipilih walaupun orang tadi tidak pernah bersekolah.Tetapi The Hidden Hand ada sebab-sebab tertentu untuk memilih seseorang.

Apabila Hitler sudah naik,maka peluang menjadi semakin cerah untuk timbulkan 'masalah' kedua.Isu Holocaust adalah bumbu yang dibakar ketika seluruh Eropah bersiap sedia memasuki Perang Dunia Kedua.Hitler dan Nazi dipropagandakan menjalankan Holocaust;pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi.DI SINI KITA NAMPAK IDEANYA.

Eropah pun berperang.Eropah sekali lagi tenggelam di dalam kesengsaraan yang dasyat.Setelah perang selesai,keputusan adalah seperti yang dijangkakan;Jerman dan sekutunya sekali lagi mengalami kekalahan.Namun ini bukannya isunya.Isunya ialah semua negara Eropah telah dikempenkan untuk menubuhkan satu suruhanjaya keamanan bagi mengelakkan perang dunia berlaku lagi.Kesengsaraan rakyat Eropah dalam peperangan amat dasyat dan menimbulkan trauma.Jadi,semua negara Eropah dan Amerika Syarikat bersetuju menubuhkan satu pertubuhan bukan sahaja untuk Eropah dan Amerika,tetapi seluruh dunia.



Inilah permulaan kepada penubuhan PBB;Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation).

Ini adalah tahap SOLUTION dan ditahap ini,The Hidden Hand menyelitkan kemahuannya.

Dalam salah satu agenda PBB,isu Holocaust telah dibangkitkan.Isu ini dibakar dalam mesyuarat dan perjumpaan negara-negara yang terlibat.Akhirnya satu,resolusi telah dicapai,EROPAH PERLU MEMBAYAR HARGA DOSA YANG MEREKA LAKUKAN KEPADA BANGSA YAHUDI.Bagaimana?Theodor Herzl ada jawapannya.

Pelbagai cara diusahakan supaya Palestin diserahkan kepada Yahudi.Namun ada satu masalah,Palestin ketika itu dipegang oleh Kerajaan Khalifah Turki Uthmaniyyah.Sultan Abdul Hamid II telah dipaksa untuk menyerahkan Palestin,namun baginda enggan.Akhirnya dalam beberapa siri peperangan dan tekanan pemberontakan oleh Young Turk (Kamal Attaturk adalah boneka mereka yang lain) akhirnya khalifah Islam itu digulingkan.Turki telah dipegang oleh boneka The Hidden Hand,Mustapha Kamal Attaturk dan bagaikan mengantuk disorongkan bantal,semudah ABC,Kamal Attaturk memberikan lampu hijau kepada Britain dan PBB untuk menguruskan imigran Yahudi ke Israel.

Dan pada tahun 1948,negara Israel terbentuk!

Objektif The Hidden Hand tercapai!


KIta juga boleh melihat strategi ini dipakai pada hari ini.Kes yang paling terkenal,adalah 911.Lihat,'pattern'nya sama sahaja,timbulkan trauma...kemudian bertindak.Dalam Perang Dunia Kedua,The Hidden Hand menimbulkan trauma kepada rakyat Eropah dan mereka terpaksa menerima penyelesaian yang ditawarkan.Dalam kes 911,rakyat Amerika dan dunia dipaksa menghidapi trauma dan dipaksa menerima penyelesaian.Dalam WWI,traumanya ialah peperangan.Dalam 911,traumanya ialah keganasan (terrorism).Dan penyelesaiannya ialah kempen melawan keganasan.Cuba teka apa sebenarnya KEHENDAK yang diselitkan dalam tawaran penyelesaian 911?

Menyerang negara-negara Islam dan menyebarkan Islamophobia.



'Musnahkan dan bina kembali' adalah salah satu konsep dalam Ordo Ab Chao dan ini digunakan dalam perniagaan senjata dan perniagaan berkaitan.Apabila sesuatu negara musnah akibat perang,contohnya Iraq,pemerintahnya perlu membina negaranya kembali.Jadi ini adalah lubuk duit kepada kontraktor-kontraktor asing.Bayangkan,untuk meneruskan kehidupan,orang lain perlu dikorbankan.

Di dalam kes wabak penyakit,dunia akan dipanikkan dengan wabak,contohnya H1N1.Semua orang menjadi panik dan bimbang.Kemudian mereka akan tawarkan penyelesaian atau penawar.Semua orang mesti mengambil penawar ini,jika tidak mereka akan menderita dan mati akibat wabak.Jadi semua orang akan membeli penawar H1N1 yang diproses oleh Israel dan Amerika.Jadi apa KEHENDAK mereka yang diselitkan dalam setiap ubat penawar H1N1???


Anda teka sendiri.












FIKIRKAN SEMULA